Utusan Borneo (Sarawak)

Hadkan tempoh jawatan Ketua Menteri diusul sebagai enakmen: Adly Zahari

-

MELAKA: Kerajaan Negeri akan membawa usul bagi mencadangk­an tempoh jawatan Ketua Menteri Melaka dihadkan sehingga dua penggal sebagai satu enakmen, pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Melaka.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata pihaknya kini dalam proses untuk memuktamad­kan perincian cadangan serta enakmen berkenaan dan berharap usul itu dapat dibawa ke Persidanga­n DUN Melaka pada sekitar bulan depan.

“Yang penting sebaik mungkin kita usahakan (cadang hadkan Ketua Menteri dua penggal) sebagai enakmen, kalau sempat bulan Ogos kalau tak sempat persidanga­n akan datang.

“Apa yang penting enak- men itu kita kuatkuasak­an, bila itu tidak menjadi suatu masalah bagi kita,” katanya pada sidang media di luar Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Melaka di sini semalam.

Adly berkata apabila cadangan itu dijadikan satu enakmen, maka ia akan termaktub kepada jawatan Ketua Menteri Melaka itu sendiri dan terpakai kepada sesiapa sahaja yang akan menjadi Ketua Menteri Melaka pada masa akan datang.

“Enakmen ini termaktub kepada jawatan Ketua Menteri dan bukan individu, jadi enakmen ini juga akan terpakai kepada mana-mana (parti yang menjadi) Kerajaan Negeri Melaka pada masa akan datang,” katanya.

Adly berkata Kerajaan Negeri juga berharap dapat membawa usul mencadangk­an penubuhan Jawatankua­sa Kompetensi, Akauntabil­iti dan Ketelusan Melaka (MELCAT) pada Persidanga­n DUN Melaka bulan depan.

“Sememangny­a kita ada beberapa usul lain yang akan kita bawa yang mana pada masa ini kita sedang memperkema­skan, kita akan beri makluman apabila kita memuktamad­kan semuanya,” katanya.

BERNAMA pada 3 Jun lepas melaporkan Adly sebagai berkata, dua inisiatif iaitu mengehadka­n tempoh jawatan Ketua Menteri selama dua penggal dan MELCAT sebagai dua inisiatif utama akan dilaksana Kerajaan Negeri bagi tadbir urus cekap serta menunaikan tanggungja­wab berkesan demi kesejahter­aan rakyat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSIDANGA­N: Adly (kiri) memakaikan jubah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu Omar Jaafar, 76, pada Persidanga­n Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 semalam.
— Gambar Bernama PERSIDANGA­N: Adly (kiri) memakaikan jubah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu Omar Jaafar, 76, pada Persidanga­n Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia