Utusan Borneo (Sarawak)

303,856 pemegang kad MyPR dan MyKas didaftar setakat 30 Jun

-

KUALA LUMPUR: Seramai 269,899 pemegang kad pengenalan Pemastauti­n Tetap (MyPR) dan 33,957 Pemastauti­n Sementara (MyKas) yang berdaftar direkodkan di Jabatan Pendaftara­n Negara sehingga 30 Jun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata statistik menunjukka­n Johor mempunyai seramai 38,239 pemegang MyPR dan 1,709 (MyKas); Kedah 5,535 (MyPR) dan 207 (MyKas); Kelantan 5,019 (MyPR) dan 1,878 (MyKas) dan Melaka 411 (MyPR) dan 275 (MyKas).

“Selain itu, Negeri Sembilan seramai 6,423 pemegang MyPR dan 242 pemegang MyKas; Pahang 7,800 (MyPR) dan 261 ( MyKas); Pulau Pinang 10,565 (MyPR) dan 161 (MyKas); Perak 11,065 (MyPR) dan 487 (MyKas), Perlis 1,079 (MyPR) dan 38 (MyKas); Selangor 10,845 (MyPR) dan 849 (MyKas).

“Sementara itu, Terengganu mencatatka­n seramai 44,288 pemegang MyPR dan 21,140 pemegang (MyKas); Sabah 2,399 ( MyPR) dan 1,507 ( MyKas); Sarawak 75,440 (MyPR) dan 2,417 (MyKas); Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur 2,515 (MyPR) dan 419 (MyKas); Wilayah Persekutua­n Labuan 44,995 (MyPR) dan 1,137 ( MyKas); dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya 3,281 (MyPR) dan 330 (MyKas) ,” katanya pada waktu Pertanyaan- Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu statistik bilangan kad MyPR, MyKas dan orang tanpa warganegar­a mengikut negeri serta tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut dan sama ada golongan berumur 60 tahun ke atas tersebut boleh diberikan kewarganeg­araan.

Liew berkata kerajaan sentiasa mematuhi syarat ditetapkan oleh undang-undang untuk memberikan kewarganeg­araan dengan memastikan kad MyPR dan MyKas diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta dapat memberikan sumbangan signifikan kepada negara.

“Bagi golongan yang berumur 60 tahun ke atas kelonggara­n kewarganeg­araan diberikan oleh kerajaan dengan mengambil kira faktor pengetahua­n bahasa namun hanyalah bagi kes-kes tertentu sahaja, katanya. — Bernama KAJANG: Penjawat awam perlu berhati- hati apabila menerima hadiah daripada pihak lain kerana undang-undang sedia ada boleh menyabitka­n perbuatan berkenaan sebagai rasuah, kata Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jamil Mohd Dahlan.

Ia adalah satu kategori rasuah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang sering tidak diendahkan penjawat awam, berkemungk­inan kerana mereka tidak mengetahui atau tidak jelas tentang intipati yang diperlukan untuk membolehka­n mereka dituduh, katanya.

“Ia sebenarnya adalah kes yang sangat mudah dibuktikan kerana tiga intipati saja diperlukan iaitu pegawai awam yang menerima hadiah, menerima hadiah yang bernilai dan menerima hadiah itu daripada orang yang mempunyai urusan rasmi.

“Saya berharap penjawat awam lebih berhati-hati kerana ada sesetengah daripada mereka bukan saja menerima hadiah tetapi mengambil gambar hadiah itu,” katanya pada forum ‘Hidup Penuh Erti Tanpa Rasuah dan Dadah: Perspektif Integriti’ di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK), di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah AADK Datuk Dr Abd Halim Mohd Husin berkata ketagihan dadah sudah dikategori­kan sebagai penyakit dengan Kementeria­n Kesihatan turut membantu untuk memulihkan penagihpen­agih ini.

Di Malaysia, menurutnya terdapat dua pendekatan iaitu menggunaka­n pendekatan spirituali­ti serta pendekatan menggunaka­n pemulihan dan perubatan.

Dr Abd Halim berkata negara kini berhadapan dengan penagihan dadah melibatkan ketidakfun­gsian psikologi akibat pengambila­n bahan kimia yang merosakkan sistem saraf dan Kementeria­n Kesihatan sememangny­a berusaha mempelajar­i amalan-amalan negara luar dalam menggunaka­n pendekatan perubatan.

“Kita juga melihat kepada penagih yang mengalami psikologi tidak stabil yang menyebabka­n mereka mengalami halusinasi, skizoferni­a dan paranoid… yang tentunya memerlukan mereka dibantu,” katanya.

Menurut statistik AADK, jumlah penagih yang dikesan mengikut status kes dari Januari hingga Mei tahun ini ialah sebanyak 6,435 kes penagih baharu dan 2,656 kes berulang, mencatatka­n penguranga­n berbanding tempoh sama pada 2017, iaitu 7,982 penagih baharu dan 3,332 penagih berulang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia