Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan badan baharu pemerhati PRK diharap bantu ketelusan proses demokrasi

-

PETALING JAYA: Polis tidak menolak akan memanggil Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy untuk diambil keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengaitkan beliau dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan kes itu yang sebelum ini dikendalik­an oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kini diambil alih oleh Unit Siasatan Khas Bukit Aman.

“Setakat ini polis menerima 53 laporan dari seluruh negara berhubung isu itu termasuk daripada Ramasamy sendiri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Polis oleh Konsesi Plus Malaysia Berhad kepada Polis Diraja Malaysia, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A. Thaiveegan semalam dilaporkan berkata pihaknya telah merakam percakapan pemimpin kanan DAP tersebut berhubung dakwaan penglibata­nnya dengan pelampau Tamil berkenaan.

Ramasamy sebelum ini dilaporkan berkongsi gambarnya bersama anggota LTTE dikenali sebagai Vaiko atau V. Gopalasamy.

Melalui keterangan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Ramasamy pada Sabtu lalu, kehadiran Vaiko di Pulau Pinang adalah sebagai memenuhi undangan majlis perkahwina­n. — Bernama PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor pada 4 Ogos ini akan menjadi penanda aras kepada proses pilihan raya dalam fasa Malaysia baharu, kata pemangku Pengerusi BERSIH 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari. kepada pemberita pada sesi taklimat pemerhati PRK Sungai Kandis di ibu pejabat SPR, di sini semalam.

Seramai 69 pemerhati dilantik bagi PRK itu dengan BERSIH 2.0 menghantar paling ramai wakil iaitu 38 orang, PEMIKIR (10), Universiti Kebangsaan Malaysia (7), SUHAKAM (6), Per-

Kalau yang ini (PRK Sungai Kandis) pun rendah standardny­a, jadi yang lain pun kita rasa sukar, tetapi kalau PRK ini dapat dijalankan dengan baik, demokrasi dan kuasa rakyat akan bertambah.

 ?? — Gambar Bernama ?? SIAP SEDIA: Mohamed Elias (dua, kiri) menyampaik­an Kit Pilihan Raya kepada Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari (kanan) pada Majlis Taklimat Khas Pemerhati Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N49 Sungai Kandis,...
— Gambar Bernama SIAP SEDIA: Mohamed Elias (dua, kiri) menyampaik­an Kit Pilihan Raya kepada Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari (kanan) pada Majlis Taklimat Khas Pemerhati Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N49 Sungai Kandis,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia