Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir sambut baik berita penahanan Jho Low

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu tetapi menyambut baik berita bahawa ahli perniagaan Low Taek Jhow atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah ditahan.

“Saya tidak tahu, terima kasih kerana berkongsi maklumat ini dengan saya. Saya harap beliau (akan) dibawa balik ke Malaysia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semasa diminta mengulas tentang berita itu.

Sebuah akhbar tempatan telah melaporkan, memetik laporan media Hong Kong bahawa Jho Low telah ditahan di China.

Ditanya sama ada Malay- sia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China, Dr Mahathir berkata Beijing masih boleh menyerahka­n Jho Low kepada pihak berkuasa Malaysia.

Minggu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Jho Low, yang dikehendak­i bagi membantu dalam siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), dipercayai telah keluar dari Macau, tempat terakhir kedudukan beliau diketahui.

Mohamad Fuzi berkata menurut e- mel daripada pihak berkuasa Macau, Jho Low dipercayai sudah meninggalk­an Macau ke destinasi yang tidak diketahui. — Bernama

Shahrul Aman Mohd Saari Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0

Justeru, katanya langkah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) melantik empat badan baharu sebagai pemerhati PRK tersebut iaitu BERSIH 2.0, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Kelab Pemikir Politik Nasional ( PEMIKIR) dan Engage, diharap dapat memastikan ketelusan proses demokrasi di negara ini.

“Kalau yang ini ( PRK Sungai Kandis) pun rendah standardny­a, jadi yang lain pun kita rasa sukar, tetapi kalau PRK ini dapat dijalankan dengan baik, demokrasi dan kuasa rakyat akan bertambah,” katanya satuan Orang Kota Bharu (4) dan Engage (4).

Mengakui taklimat yang diberikan SPR sangat baik, Shahrul Aman berkata pelbagai persoalan diajukan dalam program dua hari itu dan banyak yang telah dijawab oleh pihak SPR bagi membantu pemerhati terlibat memahami proses pilihan raya, sekali gus membantu meningkatk­an keyakinan rakyat kepada SPR.

“Mungkin selepas ini kita juga perlu ada sesi perbincang­an berlainan dengan SPR contohnya isu kesalahan pilihan raya, undi pos dan lainlain,” kata Shahrul Aman.

Bagi anggota SUHAKAM, Datuk Lok Yim Heng, jemputan kepada suruhanjay­a itu sebagai pemerhati pilihan raya adalah manifestas­i keterbukaa­n SPR untuk bekerjasam­a dalam menambah baik proses pilihan raya negara ini.

Katanya SUHAKAM menyambut baik langkah SPR membuat beberapa perubahan untuk PRK Sungai Kandis seperti menambah jumlah saluran mengundi daripada 88 kepada 107 dan melanjutka­n tempoh masa pengundian dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang berbanding setakat 5 petang sebelum ini.

“Ini satu permulaan yang baik dan harapan SUHAKAM adalah hak seseorang calon dan pengundi mesti diberi perlindung­an,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata suruhanjay­a tersebut mengambil maklum cadangan dan pandangan yang dikemukaka­n pemerhati terlibat dalam menambah baik proses pilihan raya.

Bagaimanap­un Mohamed Elias berkata beberapa cadangan seperti menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan pendaftara­n pengundi secara elektronik perlu dikaji terlebih dahulu memandangk­an ia melibatkan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n dan undang-undang tertentu.

Ditanya sama ada pelantikan BERSIH 2.0, SUHAKAM, PEMIKIR dan Engage sebagai pemerhati pilihan raya akan meningkatk­an ketelusan proses pilihan raya, beliau berkata kesemua badan itu boleh melihat secara dekat cara SPR menjalanka­n PRK berkenaan.

“Biar mereka nilai kami,” kata Mohamed Elias secara ringkas.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan penyandang­nya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

SPR menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia