Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad papan selaju buat persiapan di Thailand

-

KUALA LUMPUR: Berikutan ketiadaan kejohanan peringkat Asia, skuad papan selaju negara bakal bertandang ke Suphan Buri, Thailand, sebagai persediaan ke Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini.

Setiausaha Agung Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA), Datuk Manjit Singh Gill berkata tiada sebarang kejohanan diadakan di benua Asia, kerana masing-masing sibuk membuat persiapan ke Sukan Asia, berikutan sukan tersebut bakal dianjurkan buat julung kali pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

“Kita rancang adakan latihan bersama pasukan Thailand selama lima hari dan dijangka bertolak dalam masa dua minggu lagi. Tempat itu dipilih kerana trek itu hampir sama dengan venue Sukan Asia,” katanya pada sidang media selepas bertemu Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi di Wisma OCM di sini semalam.

Beliauberk­atabiarpun­MESA hanya meletakkan sasaran 10 terbaik, tidak mustahil bagi atletnya mencipta kejutan terutamany­a atlet termuda negara, Ian Nuriman Amri yang baru berusia 11 tahun, dan bakal beraksi dalam acara ‘park' dan 'street’ lelaki.

Selain Ian, Malaysia akan diwakili Yaziru Amiru Basyir Zainordin, 24, ('park' dan 'street' lelaki), Fatin Syahirah Roszizi, 16, dan Christina Lai Grace, 13, bagiacara'park'dan'street'wanita, serta Mohamad Hazim Syahmi Shahrum, 19, bagiacara2­0,000m road race (roller skating).

Sementara itu, ketua jurulatih Mohd Zambri Ramli berkata sandaran utama negara diletakkan ke atas Yaziru, namun atlet berkenaan dijangka menerima cabaran sengit daripada peserta Thailand, Jepun, tuan rumah Indonesia dan Singapura. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia