Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FAM: Seri 1-1 dengan Shahzan Muda, laluan Kuching FA kian berliku

-

KUCHING: Laluan Kuching FA untuk mara ke separuh akhir kempen Piala FAM kian berliku selepas diikat Shahzan Muda 1- 1 pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Majlis Perbandara­n Temerloh, Pahang malam kelmarin.

Perlawanan itu sepatutnya memihak kepada pelawat namun kegagalan penyerang gantian, Ismail Bujang menjaringk­an sepakan penalti pada minit ke-93 meranapkan impian mereka untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Terdahulu, Mohammad Shahfitri Salim meletakkan Kuching FA di depan dengan jaringan cantik pada minit ke- 18.

Begitupun, Kuching FA terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pertahanan, Izzray Ifarul Roslan diayangkan kad merah kerana pengadil mendakwa beliau dengan sengaja menampan bola dengan tangan dalam petang penalti.

Pengadil turut menghadiah­kan sepakan penalti kepada Shahzan Muda namun Mohd Faizal Rani gagal melaksanak­an tugasnya dengan baik menyaksika­n sepakannya melambung tinggi.

Shahzan Muda enggan mengalah dan terus mengasak kubu pelawat dalam usaha mencari gol penyamaan.

Kekebalan b e n t e n g Kuching FA bolos juga akhirnya pada minit ke92 hasil tandukan Mohd Aizzudin Che Aziz.

“M e m a n g cukup kecewa dengan keputusan s e r i y a n g diperolehi pada perlawanan m a l a m tadi (kelmarin). K e m e - n a n g a n y a n g h a m p i r pasti dalam gengaman bertukar sebaliknya,” ujar pengurus pasukan, Iswandi Ali Hassan ketika mengulas perlawanan itu semalam.

Menurut Iswandi, pemain telah memberikan satu persembaha­n terbaik sepanjang saingan namun kealpaan di saat akhir meranapkan impian mereka untuk mengutip tiga mata penuh.

“Apapun, peluang untuk mara ke separuh akhir masih ada sekalipun mengharap keajaiban berlaku terhadap keputusan membabitka­n pesaing kami untuk baki perlawanan selepas ini,” tambah Iswandi lagi.

Kuching FA kini jatuh ke tangga keempat dengan mengumpul 15 mata dari 10 perlawanan.

Mereka akan meneruskan kempen menentang MOF di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Ahad, 22 Julai sebelum menamatkan saingan menentang DBKL di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur pada 29 Julai.

 ??  ??
 ??  ?? SENGIT: Pertahanan Kuching FA, Razziman Razali (kiri) berebut bola dengan pemain Shahzan Muda, Mohamad Amirul Kasmuri pada perlawanan Piala FAM di Stadium Majlis Perbandara­n Temerloh, Pahang kelmarin.
SENGIT: Pertahanan Kuching FA, Razziman Razali (kiri) berebut bola dengan pemain Shahzan Muda, Mohamad Amirul Kasmuri pada perlawanan Piala FAM di Stadium Majlis Perbandara­n Temerloh, Pahang kelmarin.
 ??  ?? KENANGAN: Gambar fail juara bertahan, Mohd Lokman dan Zulaikah bersama Jamilah.
KENANGAN: Gambar fail juara bertahan, Mohd Lokman dan Zulaikah bersama Jamilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia