Utusan Borneo (Sarawak)

Juara bertahan lelaki bakal beraksi pada Kejohanan Golf Sarawak Grand 2018

-

KUCHING: Juara bertahan lelaki, Mohd Lokman Mustaffa akan menyertai Kejohanan Golf Sarawak Grand Edisi ke-5 2018 yang akan diadakan di Damai Golf and Country Club (DGCC) pada 20 hingga 22 Julai ini.

Bagaimanap­un, juara bertahan kategori wanita, Zulaikah Nurziana Naseer tidak akan bertanding kerana beliau kini berada di Amerika Syarikat untuk menyertai kejohanan di sana bersama seorang pemain golf remaja Sarawak, Ashley Lau.

Presiden Persatuan Golf Sarawak (SGA) Hoan Kee Hock ketika mengumumka­n perkara itu semalam berkata seramai 120 peserta akan mengambil bahagian dalam acara tiga hari yang akan diadakan di DGCC untuk tahun kedua berturut-turut.

“Sambutan terhadap acara tahun ini adalah menggalakk­an dan terdapat ramai pemain golf dari luar Sarawak yang turut mengambil bahagian iaitu tujuh peserta dari negara Brunei Darulsalam dan dua dari Sabah,” kata Hoan mengenai penyertaan yang diterima dari Kelab Golf Sibu, Kelab Golf Miri, Kelab Golf Bintulu, Kelab Golf Samarahan, Sarawak Golf dan DGCC.

Beliau turut berkata antara pemain golf remaja tempatan yang akan bertanding termasuk mereka yang mewakili Sarawak dalam kejohanan Sukma XIX iaitu Malcom Ting Siong Hui dan kakaknya, Mirabel Ting Ern Hui, Aziel Teo Ken Yi, Amirul Fadlan, Steven Hii Tai Leong manakala skuad pelapis termasuk Wesley Chai Wui Chern, Anson Yeo Boon Xiang, Matthew Ong dan Eliza Mae Kho.

Hoan juga berpuas hati dengan sambutan daripada pemain golf tempatan yang lain termasuk Lee Ka Tung dari Sibu yang akan disertai oleh saudara-saudara beliau iaitu Lee Kah Ming, Lee Ka Sing, Lee Ka Tiong dan Lee Kah Ching, Maggit Semong Aw Yong Jhie Jgin, Johari Aman, John Ling, Bernett Ling, Lau Chin Leong, Bernard Yeo, Jordan Hng dan Daniel Yeo.

“Kami menjangkak­an persaingan sengit di antara peserta kerana terdapat ramai pemain golf remaja dari seluruh Sarawak yang mengambil bahagian untuk mendapatka­n pendedahan dan sebagai persiapan mereka untuk menghadapi Sukma XIX yang akan diadakan di Perak pada bulan September nanti.

“Kami turut gembira kerana dapat mengadakan kejohanan ini di DGCC sekali lagi memandangk­an kelab tersebut telah menjadi tuan rumah untuk kejohanan Tour Asia peringkat Sarawak baru- baru ini,” kata Hoan.

Para pemenang di kejohanan itu akan menerima hadiah daripada Penaung Kejohanan Golf Grand Sarawak ke- 2018, Datuk Amar Jamilah Anu dan Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak ( SEDC), Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia