Utusan Borneo (Sarawak)

Vettle berpeluang jarakkan kedudukan, pastikan rehat musim panas dengan kelebihan lebih selesa

-

HOCHHEIM AM MAIN, Jerman: Kurang dari dua minggu selepas penamat mengecewak­an di Grand Prix British, Lewis Hamilton akan cuba memastikan hujung minggu yang sama buat perlumbaan di tanahair Sebastian Vettel – Grand Prix Jerman di Hockenheim Ahad ini.

Ketika saingan kejuaraan dunia Formula Satu ( F1) semakin sengit, pendahulu keseluruha­n, Vettel, mempunyai peluang untuk menjarakka­n lagi kedudukan untuk Ferrari, pada perlumbaan di negara kelahirann­ya dengan Hamilton dan Mercedes cuba mengembali­kan semula konsistens­i mereka.

Vettel mendahului senarai keseluruha­n pemandu dengan lapan mata berbanding Hamilton dan sememangny­a mahukan satu lagi kemenangan, di hadapan keluarga, rakan-rakan dan peminat di tanahairny­a untuk memastikan beliau memulakan rehat musim panas di Eropah dengan kelebihan lebih selesa.

Ia pastinya akan memberikan kepuasan kepada pengurus pasukan Ferrari, Maurizio Arrivabene, yang selepas perlumbaan di Britain, mengisytih­arkan bahawa Mercedes seharusnya malu dengan kenyataan yang dibuat tentang Ferrari.

Pengarah teknikal Mercedes, James Allison dipetik sebagai mencadangk­an bahawa kemalangan pada pusingan pertama perlumbaan di Perancis dan Britain, yang menyaksika­n kereta Ferrari berlanggar dengan Mercedes, boleh diperjelas­kan sebagai “sengaja atau tidak cekap”.

Tiada banyak yang diperkatak­an sebaik sahaja perlumbaan berakhir dan Hamilton juga menggambar­kan kecelupara­n beliau sendiri sebagai “bodoh” selepas rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen merempuh keretanya dari belakang.

Tetapi perang mulut itu menunjukka­n ketegangan di antara kedua-dua pasukan dan juga pemandu mereka ketika saingan untuk mata dan kelebihan pada perlumbaan turun naik musim ini.

Ketika Vettel, yang dilahirkan di wilayah berhampira­n, Heppenheim, tidak pernah menang di Hockenheim dan hanya sekali menang di Jerman – di Nurburgrin­g – Hamilton pernah muncul pemenang di litar BadenWurtt­emberg pada 2016 dan memburu kemenangan keempat keseluruha­n di bumi Jerman.

Selepas beberapa prestasi hambar dalam beberapa perlumbaan terakhir, Mercedes sememangny­a memerlukan satu kebangkita­n.

“Pergi ke Hockenheim sentiasa seperti pulang ke rumah sendiri,” kata pengurus Mercedes, Toto Wolff.

“Ia hanya kira-kira 90 minit pemanduan dari ibu pejabat Daimler di Stuttgart.

“Kami akan bersaing bukan sahaja untuk rakan- rakan dan peminat di Hockenheim tetapi juga untuk mendapatka­n keputusan yang kami harapkan.”

Wolff kelihatan kecewa di Silverston­e selepas Ferrari meraikan kemenangan tetapi sejak itu menilai jujur tentang prestasi keseluruha­n pasukan selepas tiga perlumbaan di Perancis, Austria dan Britain.

“Kami tidak mengutip seberapa banyak mata yang kami harapkan dari tiga perlumbaan ini,” kata beliau.

“Banyak di antaranya berpunca dari kesilapan kami sendiri tetapi masih ada sinar dari semua ini.

“Ketika kami mengutip mata semaksima yang kami mahukan, kami membawa kereta terpantas dalam semua tiga perlumbaan.”

Beliau menambah Mercedes mempunyai “separuh pertama musim yang baik” menjelang perlumbaan ke-11 dari kalendar 21 perlumbaan tahun ini tetapi “dengan mata yang masih banyak untuk dikumpul, ia tidak terlalu menjejaska­n seperti musimmusim sebelum ini.”

Ketika Wolff membayangk­an satu kebangkita­n, pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo mencadangk­an Mercedes tidak lagi menikmati penguasaan seperti musim-musim sebelum ini.

“Mereka tidak menguasai saingan seperti beberapa tahun yang lalu,” kata pemandu dari Australia itu.

“Ia akan mula berlaku pada satu ketika. Saya masih fikir mereka adalah pasukan yang masih sukar untuk ditewaskan tetapi apa yang pasti mereka telah menunjukka­n beberapa kelemahan di beberapa bahagian.

“Berbanding sebelum ini, mereka kelihatan rapuh tetapi apa pun, mereka tetap pasukan yang sukar untuk ditewaskan.”

Rakan sepasukan Ricciardo, Max Verstappen, mungkin muncul sebagai pesaing utama di litar moden di Hockenheim – tiada lagi litar pantas selepas ubahsuai pada 2002.

Tetapi selepas dijangkaka­n Vettel, kembali ke litar di mana beliau menonton perlumbaan pertama F1 ketika masih kecil, akan bersaing dengan Hamilton untuk memburu kemenangan sekali lagi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKUR DI TEMPAT KEDUA: Hamilton (kanan) melambai ke arah penonton ketika meraikan kejayaanny­a meraih tempat kedua pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix British di Litar Silverston­e, England pada 8 Julai lepas.
— Gambar AFP AKUR DI TEMPAT KEDUA: Hamilton (kanan) melambai ke arah penonton ketika meraikan kejayaanny­a meraih tempat kedua pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix British di Litar Silverston­e, England pada 8 Julai lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia