Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho yakin kegembiraa­n julang Piala Dunia rangsang karier Pogba di United

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat ( AS): Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berasa yakin kegembiraa­n menjulang Piala Dunia akan memberikan perangsang kepada karier Paul Pogba bersama kelabnya di Manchester United.

Pogba mendapat dapat banyak kritikan di atas prestasi ham- bar beliau di United musim lepas dan juga mendapati dirinya berada di bangku simpanan beberapa kali li pada separuh uh kedua musim Liga Perdana Inggeris. eris

Bagaimanap­un, pemain tengah berusia 25 tahun itu beraksi cemerlang untuk membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia, terutama sekali di final di mana beliau menjaringk­an gol ketiga ketika menewaskan Croatia 4-2.

Walaupun Mourinho sekarang menjangkak­an tidak dapat menurunkan Pogba untuk awal musim Liga Perdana kerana diberikan rehat tambahan, beliau percaya pemain tengah itu akan kembali bersemanga­t apabila melaporkan diri ke kelab.

“Untuk memenangi Piala Dunia adalah sesuatu yang membawa kepada perkara positif. Ia sukar untuk berkata bahawa memenangi Pial Dunia tidak bagus untuk karier pemain. Ia luar biasa, sangat hebat,” kata Mourinho di Los Angels, AS untuk jelajah pramusim mereka.

“Begitu ramai pemain bagus yang tidak mempunyai peluang menjadi juara dunia atau negara mereka tidak cukup kuat. “Bagi P Paul, saya fififikir fikir ia adalah Piala D Dunia pertama beliau dan untuk m e n j a d i juara dunia sememangny­a sangat hebat se sekali. “M e r e k a adala adalah pasukan muda muda, s selain dari (Hugo) Lloris, mereka akan mempunyai lebih banyak kejohanan Euro dan Piala Dunia bersama. Jadi saya fikir masa depan untuk beliau dan pasukannya sudah pastinya hebat.

“Saya berharap beliau memahami kenapa beliau sangat bagus. Ia adalah perkara penting tentang tahap prestasi beliau dan sumbangann­ya kepada pasukan. Ia penting untuk beliau memahami kenapa beliau sangat bagus pada baki musim. Di final, beliau sangat hebat sekali.”

Mourinho juga memberikan ucapan tahniah kepada Pogba selepas memenangi Piala Dunia tetapi tidak mempunyai sebarang pandangan tentang prestasiny­a ketika kejohanan berlangsun­g. “Saya melakukan a p a yang saya lakukan kepada Paul seperti semua pemain saya. Saya menghantar ucapan baik sebelum Piala Dunia tetapi semasa kejohanan berjalan, saya tidak memberikan sebarang pandangan,” kata beliau.

“Apabila mereka bersama pasukan kebangsaan, terutama di Piala Dunia, mereka tidak memerlukan pengurus kelab untuk berkata mereka melakukan yang baik atau tidak. Mereka harus memberi fokus kepada tugas mereka untuk negara mereka.

“Dan selepas Piala Dunia, saya menghantar ucapan berbeza kepada pemain lain kerana beliau memenangi pertanding­an ini.”

Bagaimanap­un, ketiadaan Pogba dan pemain lain yang beraksi di Piala Dunia semasa jelajah pramusim di AS adalah satu kebimbanga­n untuk Mourinho.

Sembilan pemain utama United tidak akan beraksi sepanjang dua minggu mereka di AS dan hanya pada minggu hadapan di mana Nemanja Matic, David de Gea dan pemain baharu, Fred, akan kembali ke skuad.

“Saya terpaksa berkata pramusim kali ini sangat teruk. Satu- satu perkara positif tentang pramusim ialah untuk pemain muda yang mempunyai peluang berlatih bersama kami dan tahu apa maksud menjadi pemain utama Manchester United,” kata Mourinho. “Saya bimbang kerana saya tidak melatih dan kemudian beraksi dalam Liga

P e r - dana tanpa ramai pemain. Tetapi kami harus cuba melakukan yang terbaik dan bekerja dengan pemain yang kami ada. Mungkin ia bagus untuk Luke Shaw, Eric Bailly dan Andreas Pereira.”

Selain barisan pemain di Piala Dunia, Mourinho juga ketiadaan Alexis Sanchez dan pemain baharu, Diogo Dalot.

Sanchez tidak dapat ke AS kerana tidak diluluskan visa ke AS, walaupun kelab terus mencuba untuk menyelesai­kan isu itu sementara Dalot tidak akan beraksi di awal musim kerana kecederaan.

“Jika Alexis tidak berlatih bersama kami untuk 15 atau 20 hari, ia pastinya sukar,” kata Mourinho.

“Saya tahu kelab sedang melakukan sesuatu. Saya harus menghormat­i peraturan pihak berkuasa AS dan pemilihan pemberian visa.”

— AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAYA TERSENDIRI: Pogba memberikan ‘pose’ istimewa bersama trofi Piala Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow pada 15 Julai lepas.
— Gambar AFP GAYA TERSENDIRI: Pogba memberikan ‘pose’ istimewa bersama trofi Piala Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow pada 15 Julai lepas.
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia