Utusan Borneo (Sarawak)

Kids Athletics platform melahirkan lebih ramai atlet pelapis negara: KOM

-

IPOH: Kejohanan Kids Athletics yang diperkenal­kan Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF) merupakan platform untuk melahirkan lebih ramai atlet pelapis khususnya dalam memastikan negara tidak ketandusan bakat dalam sukan berkenaan.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim berkata ini terbukti apabila ramai atlet olahraga bertaraf dunia berjaya dilahirkan menerusi kejohanan itu dan sehingga kini 13 juta kanak- kanak di seluruh dunia menyertai kejohanan berkenaan.

“Bagaimanap­un, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk melahirkan atlet terbaik sama ada di peringkat negara atau dun- ia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup kejohanan berkenaan yang disempurna­kan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Turut hadir penaung kejohanan berkenaan, Raja Datuk Seri Yong Sofia Sultan Azlan Shah serta isteri Menteri Besar Perak Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Seramai 132 peserta terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan dari 11 daerah di negeri ini antaranya Bagan Datuk, Manjung, Hilir Perak, Batang Padang, Larut, Matang dan Selama, Kinta Utara serta Selatan dan Kerian, menyertai kejohanan berkenaan.

Kejohanan sehari itu melibatkan tujuh jenis sukan - ‘ sprint/ hurdles shuttle relay’, ‘formula one’, ‘Eight Endurance Race’, ‘forward squat jumps’, cross hop’, ‘target throw over a barrier’ dan ‘knee throw’.

Peserta daerah Kinta Utara muncul juara pada kejohanan tersebut manakala tempat kedua dimenangi peserta daerah Larut, Matang dan Selama, sementara tempat ketiga diraih peserta daerah Manjung.

Kejohanan itu menyasarka­n golongan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun yang diajar teknik asas sukan olahraga seperti acara pecut, berlari, melompat dan melontar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia