Utusan Borneo (Sarawak)

Benitez mengakui ditawarkan ‘peluang’ bimbing Sepanyol di Rusia

-

LONDON, England: Pengurus Newcastle United, Rafael Benitez mengakui beliau ditawarkan ‘peluang’ untuk menjadi jurulatih baharu Sepanyol di Piala Dunia 2018 selepas pemecatan mengejut Julen Lopetegui sehari sebelum bermulanya Piala Dunia.

Lopetegui diumumkan sebagai jurulatih baharu Real Madrid, beberapa minggu selepas menandatan­gani kontrak lanjutan bersama Persatuan Bola Sepak Sepanyol, untuk menggantik­an Zinedine Zidane di Real, menyebabka­n situasi tegang.

Kerana tindakan itu, beliau dipecat sehari sebelum sepak mula kejohanan Piala Dunia di Rusia, menyebabka­n Sepanyol tanpa seorang jurulatih kurang dari 48 jam sebelum perlawanan pembukaan mereka menentang Portugal.

Fernando Hierro dilantik buat sementara untuk membimbing juara dunia 2010 itu tetapi menyaksika­n pasukan mereka akhirnya tersingkir di pusingan kedua kejohanan apabila tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah Rusia.

Bagaimanap­un, Benitez mendedahka­n beliau mungkin membimbing Sepanyol di Rusia walaupun beliau menegaskan beliau tetap gembira kekal di Newcastle.

“Mungkin ada satu peluang,” kata Benitez. “Tetapi saya masih gembira di sini ( Newcastle). Saya merasakan saya masih muda dan mempunyai peluang untuk membimbing Sepanyol.

“Sepanyol adalah sebuah pasukan yang sangat bagus dan mereka akan menjadi lebih bagus di masa hadapan.”

Sepanyol akhirnya melantik jurulatih tetap, yang juga bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique untuk mengendali Sepanyol. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia