Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool tanpa khidmat Chamberlai­n untuk satu musim

-

LIVERPOOL, England: Pemain tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlai­n dijangka tidak akan beraksi untuk satu musim Liga Perdana Inggeris ketika beliau meneruskan proses pemulihan dari satu kecederaan lutut yang serius.

Ketika Liverpool membuat persediaan untuk satu lagi pembelian hebat – penjaga gol AS Roma, Alisson untuk satu rekod dunia seorang penjaga gol bernilai 67 juta pound – kelab dilihat terpaksa akur kehilangan salah seorang pemain bintang mereka musim lepas untuk 12 bulan.

Oxlade-Chamberlai­n mengalami kecederaan serius di ligamen lutut semasa perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang AS Roma pada bulan April. Beliau menjalani satu pembedahan tidak lama selepas itu.

Selepas enggan memberikan tarikh sebenar proses pemulihan ketika itu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sekarang sudah mengesahka­n bahawa beliau bersedia untuk kehilangan pemain berusia 24 tahun itu, mencadangk­an sebarang perlawanan kompetetif pada musim 2018/2019 mungkin satu ‘bonus’.

Ia satu pendedahan mengecewak­an untuk seorang pemain yang sudah terlepas peluang beraksi di final Liga Juara-Juara dan di Piala Dunia 2018 bersama England tetapi Klopp berkata beliau telah diberitahu lebih awal tentang situasi itu apabila kecederaan berlaku.

Beliauberk­atapemainm­ahukan maklumat mengecewak­an itu dirahsiaka­n untuk mengelak suasana hambar di akhir musim ketika rakan-rakan sepasukann­ya masih bersaing dalam Liga Juara-Juara.

“Ia sikap biasa Ox di mana beliau tidak mahu berita buruk mencemari akhir musim dan secara jujurnya, kami fikir kami boleh tunggu dan memberitah­u semua orang pada masa yang sesuai,” kata Klopp.

Apa pun, pelan pembelian pemain Liverpool diteruskan seperti biasa dengan Klopp sudah membeli dua pemain tengah – Naby Keita dan Fabinho dan penyerang Xherdan Shaqiri untuk menampung ketiadaan Oxlade-Chamberlai­n.

Dengan kapten pasukan, Jordan Henderson, James Milner, Adam Lallana dan Georginio Wijnaldum, saingan di bahagian tengah pasukan semakin sengit.

Klopp berkata kekuatan dalaman pasukan menjadikan ia mudah untuk mengurangk­an kerisauan ketiadaan Oxlade-Chamberlai­n dan tidak terburu-buru untuk melihat beliau kembali beraksi.

“Ia sangat penting kerana beliau adalah sangat penting kepada kami dan apa yang kami boleh rancangkan untuk musim-musim akan datang. Fokus di sini ialah untuk tidak memaksa beliau beraksi ketika beliau cergas sepenuhnya,” kata Klopp. — Reuters David Ospina, Carl Jenkinson dan Lucas Perez. Kehadiran Leno dari kelab Bayer Leverkusen bermakna Cech dij a n g k a akan memanaskan bangku simpanan selepas tiga tahun di kelab, dengan Ospina juga berpotensi memanas bangku simpanan. Mustafi berdepan saingan tambahan untuk satu tempat dalam kesebelasa­n utama di benteng pertahanan dari Sokratis selepas pemain itu tiba dari Borussia Dortmund, dengan pemain pertahanan tengah itu mengharung­i tempoh sukar bersama Arsenal musim lepas.

Sementara itu, Welbeck, yang sentiasa diselubung­i kecederaan sejak tiba dari Manchester United pada 2014 dan gagal menarik perhatian pengulas sukan sejak empat musim yang lalu.

Monreal adalah pemain penting dalam kesebelasa­n utama Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger musim lepas tetapi beliau tidak kelihatan berada dalam perancanga­n Emery untuk musim baharu.

Jenkinson dan Perez masing- masing dipinjam ke kelab lain musim lepas dan mungkin akan melakukan perpindaha­n tetap sebelum tarikh akhir perpindaha­n pada 9 Ogos.

Emery sudah membuat pembelian pantas, dengan jentera serangan menjadi keutamaan beliau sejak beberapa minggu, dengan Pierre- Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, Henrikh Mkhitaryan, Alex Iwobi dan Reiss Nelson ketika ini menjadi pilihan utama di jentera serangan.

Beliau juga mahu mendapatka­n pemain pertahanan kiri baharu jika Arsenal dapat menjual Monreal, yang dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Sociedad.

Arsenal membuat persediaan untuk perlawanan pembukaan musim ini menentang Manchester City pada 12 Ogos depan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? WELBECK PERMULAAN BAHARU: Emery (tengah) menerangka­n strategi kepada pemainnya ketika perlawanan persahabat­an di antara Boreham Wood dan Arsenal di Meadow Park, Borehamwoo­d pada 14 Julai lepas.
— Gambar Reuters WELBECK PERMULAAN BAHARU: Emery (tengah) menerangka­n strategi kepada pemainnya ketika perlawanan persahabat­an di antara Boreham Wood dan Arsenal di Meadow Park, Borehamwoo­d pada 14 Julai lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia