Utusan Borneo (Sarawak)

Sturridge nekad kekal bersama The Reds

-

LONDON, England: Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge melihat masa depannya di Anfield dan bersedia bersaing untuk satu tempat dalam kesebelasa­n utama skuad kendalian Jurgen Klopp.

Sturridge menjaringk­an dua gol dari sembilan penampilan liga untuk Liverpool pada musim ini sebelum dipinjamka­n ke West Brom pada separuh kedua musim.

Pemain antarabang­sa England berusia 28 tahun itu gagal menjaringk­an sebarang gol untuk West Brom dari enam penampilan dan sekali lagi bergelut dengan kecederaan hamstring di The Hawthorns.

Bagaimanap­un, Sturridge berkata sesi pramusim beliau berjalan lancar dan berharap untuk kembali dalam perancanga­n Klopp.

“Saya melihat diri saya kekal di Liverpool dan berharap menjadi sebahagian skuad setiap minggu,” kata beliau kepada laman sesawang rasmi Liverpool.

“Pramusim berjalan lancar, jadi bagi saya, ia adalah tentang mengawal diri saya dan meneruskan rentak. Saya teruja dengan musim baharu dan berasa gembira untuk kembali ke dalam padang.”

Sturridge, yang tiba dari Chelsea pada Januari 2013, menikmati musim terbaik beliau di Liverpool apabila bermain bersama-sama Raheem Sterling dan Luis Suarez pada musim 2013/2014, menjaringk­an 21 gol dari 28 perlawanan liga.

Kecederaan demi kecederaan menjadikan beliau lebih kepada pemain ‘ pelawat’ sejak Klopp mengambil alih kelab pada Oktober 2015 tetapi selepas menjaringk­an dua gol ketika Liverpool menewaskan Chester 7- 0 pada satu perlawanan persahabat­an 7 Julai lepas, Sturridge berasa cergas menjelang kejohanan mini pramusim, Piala Juara Antarabang­sa.

“Saya berasa hebat dan tidak sabar u n - t u k mem- ulakan musim,” kata beliau.

“Kami akan bermain satu kejohanan mini pramusim di mana kami akan menentang pasukan hebat seperti Manchester United, Manchester City dan Borussia Dortmund.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia