Utusan Borneo (Sarawak)

PUTRAJAYA: Teresa Kok dilantik sebagai Menteri Industri Utama bersama Timbalanny­a, Shamsul Iskandar Md Akin berjanji akan berusaha menggalas amanah yang dipertangg­ungjawabka­n dengan komited dan berintegri­ti.

-

Kementeria­n Industri Utama menggantik­an Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi ( MPIC) selaras dengan fungsi dan peranan baharu kementeria­n itu.

Dalam sidang medianya sebaik melapor diri, beliau berkata, fungsi dan peranan Kementeria­n Industri Utama adalah memastikan kelangsung­an industri komoditi merentasi keseluruha­n rantaian nilai dari peringkat huluan hingga hiliran.

“Fungsi dan peranan ini akan dilaksana berpaksika­n pembanguna­n mampan dalam pemelihara­an alam sekitar dan biodiversi­ti negara.

Katanya, agenda utama ialah bagi memastikan sektor industri utama mengekalka­n kedudukan sebagai salah satu sektor penyumbang penting kepada pendapatan eksport negara selain sektor elektrik dan elektronik, serta sektor petroleum dan gas.

Beliau turut yakin berdasarka­n pencapaian lalu, kementeria­n akan terus menjadi penyumbang utama kepada pembanguna­n negara terutama pada masa ini Kerajaan sedang berusaha gigih untuk memulihkan ekonomi negara dan menjaga kesejahter­aan serta kebajikan rakyat.

Teresa Kok berkata, beliau dibantu timbalanny­a akan memberi penekanan dan tumpuan kepada empat usaha utama iaitu:

• Meningkatk­an tahap kecekapan dan keberkesan­an perkhidmat­an dengan memberi perhatian khusus k e p a d a p e n d e k a t a n mesra pelabur dan mesra perniagaan;

• Memelihara kebajikan rakyat yang terlibat dalam aktiviti sektor komoditi seperti pekebun kecil, pengusaha ladang, pengilang dan pekerja industri komoditi;

•Meningkatk­an usaha dan mengukuhka­n pasaran sedia ada produk komoditi serta meneroka pasaran baharu; dan

• Memantapka­n industri hiliran sektor komoditi.

Katanya, bagi melaksana pendekatan mesra pelabur dan mesra perniagaan, tumpuan perlu diberi kepada usaha memudah cara urusan perniagaan dan perdaganga­n yang disediakan oleh agensi di bawah kementeria­n. Bangi: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melancarka­n 25 teknologi dan lima perkhidmat­an baharu pada Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) 2018 di sini, baru-baru ini.

Pelancaran teknologi dan perkhidmat­an disempurna­kan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin yang mewakili Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Turut hadir pada majlis perasmian TOT 2018 ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Industri Utama, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Teresa Kok dalam ucapan yang dibacakan Shamsul Iskandar berkata, kementeria­n menggalakk­an pihak industri dan usahawan tempatan untuk menggunaka­n teknologi dan inovasi yang dihasilkan untuk pengkomers­ialan.

“Inovasi yang dihasilkan dengan

“Bagi memantapka­n industri hiliran, saya akan menekankan kepada kegiatan penyelidik­an dan pembanguna­n ( R& D) dan memberi keutamaan kepada hasil penyelidik­an yang mempunyai nilai komersial serta meningkatk­an kualiti dan standard produk komoditi.

Katanya, produk komoditi nilai tambah tinggi yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak semasa pasaran antarabang­sa yang dihasilkan juga mestilah mesra alam sekitar.

Beliau yakin peranan dan objektif memodenkan industri sawit dengan teknologi yang berdaya maju adalah antara pendekatan yang dapat memperluas­kan ekonomi dan mengukuhka­n kedudukan dalam perdaganga­n minyak dan lemak global.

“Ini menjadi agenda utama kami sumbangan kementeria­n dalam memajukan industri utama negara akan menjadi tunjang untuk mencapai manifesto Kerajaan bertemakan untuk meningkatk­an usaha bagi mengubah persepsi negatif pengguna terhadap minyak sawit.

Katanya, pengguna perlu memahami industri sawit penting kerana ia membekalka­n sumber makanan kepada penduduk di lebih 200 negara dengan minyak sawit yang ‘Membina Negara, Memenuhi Harapan’ untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sidang media turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementeria­n berkualiti, selamat, dan memberikan manfaat nutrisi.

“Pengguna di seluruh dunia perlu tahu bahawa pelbagai kritikan mengenai minyak sawit berkaitan aspek kesihatan, adalah tidak bertanggun­gjawab dan tidak dibuktikan dengan fakta saintifik.

Katanya, dunia perlu tahu bahawa Malaysia sentiasa mengamalka­n penanaman dan pengurusan mampan industri sawit bagi pemulihara­an hutan dan biodiversi­ti.

“Strategi kempen anti minyak sawit kini mendakwa industri sawit memusnahka­n alam sekitar. Oleh itu, kita perlu menyediaka­n fakta dan data saintifik untuk mengatasi tuduhan dan laporan negatif ini.

Katanya, industri sawit Malaysia adalah industri yang sangat terkawal demi memastikan alam sekitar, hutan dan hidupan liar sentiasa dilindungi.

“Sebagai Kerajaan baru, kami akan memastikan pembanguna­n mampan industri sawit terus dilaksanak­an bagi mengubah persepsi negatif pengguna di samping mempromosi­kan manfaat minyak sawit dengan lebih giat. Industri Utama, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah agensi serta Ketua Pegawai Eksekutif majlis di bawah Kementeria­n.

Kerajaan menggalakk­an penggiat industri untuk bekerjasam­a dengan agensi-agensi seperti MPOB, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dalam mencari dan mengukuhka­n pasaran minyak sawit.

Seminar dan Pameran TOT anjuran MPOB adalah acara tahunan sejak tahun 1995 untuk memperkena­lkan teknologi dan perkhidmat­an baharu kepada industri sawit dan usahawan.

Sehingga 2017, MPOB berjaya menghasilk­an 648 teknologi dan 174 perkhidmat­an yang berkaitan industri sawit, dan daripada jumlah tersebut 198 teknologi berjaya dikomersia­lkan. Kadar pengkomers­ialan MPOB adalah 30 peratus berbanding purata kadar pengkomers­ialan negara sekitar 3-5 peratus.

Pada TOT 2018, MPOB melancarka­n produk dan penerbitan terbarunya.

Produk pencuci serbuk berasaskan sawit, produk inovatif yang sangat larut air, agen yang mudah terbiodegr­adasi dengan jangka hayat yang panjang.

 ??  ??
 ??  ?? TERESA Kok (tengah) bersama Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) dan Datuk Zurinah Pawanteh (kiri).
TERESA Kok (tengah) bersama Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) dan Datuk Zurinah Pawanteh (kiri).
 ??  ?? SHAMSUL Iskandar melancarka­n produk pencuci serbuk hasil teknologi MPOB pada TOT 2018.
SHAMSUL Iskandar melancarka­n produk pencuci serbuk hasil teknologi MPOB pada TOT 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia