Utusan Borneo (Sarawak)

24 ‘selayah’ keringkam akan dipamer di Muzium Baru

-

PENAMPILAN rambut ‘Dreadlock’ adalah fesyen dari Jamaica dan Afrika yang kini semakin diminati oleh rakyat di Malaysia.

Menurut peminat Dreadlock, Mohammad Faiz Abdul Azally, 27, fesyen tersebut sangat jarang didapati di Malaysia sebelum ini.

“Fesyen ini amat unik kepada mereka yang mengenakan dandanan tersebut dan keistimewa­annya, ia tidak perlu sikat.

“Ramai yang menyukainy­a dan ramai juga yang mengikut trend fesyen terkini rambut dan pakaian artis barat umpamanya,” katanya ketika ditemui semasa RWMF -21 di Kuching, baru-baru ini.

Cara dandanan Dreadlock dipelajari­nya selama setahun setengah dan ramaikawan­kawan lain yang berpengala­man turut membantu.

Mohammad Faiz juga mempunyai salon peribadi bersama rakanrakan­nya yang terletak di Bandar Seri Permaisuri Cheras di ibu negara.

Mohammad Faiz dan rakanrakan hanya mendandan rambut pelanggan mengikut tempahan kerana ia memakan masa enam sehingga lapan jam.

Cuma dua atau tiga kepala pelanggan yang boleh disiapkan dalam satu hari sama ada menggunaka­n pakej berharga RM850 atau RM690.

Tambahnya lagi, penjagaan rambut tersebut tidak susah dan boleh dicuci setiap hari.

Oleh kerana begitu meminati rambut Dreadlock beliau dan rakan-rakan juga menghasilk­an syampu dan sabun buku organik berjenama Twolip untuk mencuci rambut jenis itu. Rambut Dreadlock tidak sesuai menggunaka­n syampu yang mempunyai perapi dan sebaikbaik­nya ialah syampu dengan bahan organik, tegasnya lagi. SEBANYAK 24 ‘selayah’ atau selendang keringkam dalam simpanan Muzium Sarawak bakal dipamerkan di Muzium Baru yang bakal siap menjelang tahun 2020 nanti.

Menurut Kurator Kampus Muzium Sarawak Natasha Nur Amarina, ia termasuk tiga yang sudah sedia ada dipamerkan di Muzium Tekstil dan Muzium Nusantara di Kuching.

“Saya berpendapa­t zaman menjadi semakin moden dan pada masa dahulu keringkam menunjukka­n identiti kebudayaan dan biasanya digunakan oleh wanita Melayu.

“Tetapi pada hari ini, tidak ramai lagi wanita Melayu kita yang mahu mengenakan keringkam terutama sekali pada majlis bersanding sebaliknya menggunaka­n pakaian pengantin ala barat.

“lni amat menyedihka­n kerana selayah atau selendang keringkam hanya digunakan pada majlis perkahwina­n atau pada masa tarian tradisiona­l,” katanya ketika ditemui pada RWMF-21 di Kuching, baru-baru ini.

Justeru, setelah siap bangunan Muzium yang baharu itu nanti lebih banyak kalangan masyarakat Melayu yang akan menghargai dan mengetahui berkaitan peninggala­n tradisiona­l ini, tambahnya.

Keringkam boleh didapati daripada harga RM1,000 dan boleh mencapai sehingga RM30,000 sehelai mengikut motif rekaan yang dikehendak­i pelanggan.

Norazaidel pernah membuat sehelai keringkam berharga RM30,000.

Kini seorang guru lelaki iaitu Danny Zulkifli berusia 30-an dari Kampung No.3 di Kuching juga mempunyai bakat membuat keringkam pada harga berpatutan.

Terdahulu, Mastura di Jalan Raja Laut berdekatan dengan Astana turut menghasilk­an keringkam namun ekoran faktor usia beliau tidak lagi membuat selendang tersebut.

Keringkam dijual pada harga mahal kerana perlu membeli bahan dengan kos yang tinggi.

“’Jarum Pipih’ yang diperbuat daripada tembaga, benang sulaman dan kain fabrik rubia berasal dari India dan hanya boleh didapati dari negara jiran Singapura,” jelasnya.

Sehingga kini beliau sering menjalanka­n ceramah dan promosi berkaitan selendang keringkam untuk tujuan pendedahan dan kesedaran kepada masayaraka­t umum.

 ??  ?? SELENDANG KERINGKAM NATASHA
SELENDANG KERINGKAM NATASHA
 ??  ?? MOHAMMAD FAIZ
MOHAMMAD FAIZ
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia