Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu pertama malam ini di Astro Warna & Warna HD

-

BARISAN pemain, pengacara dan juri yang akan menjayakan Super Spontan Xtravaganz­a sudahpun diumumkan dalam satu majlis sidang media program ini pada minggu lalu.

Untuk barisan pemain, mereka terdiri daripada Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu, Atu Zero, Izzue Islam, Modee dan Siti Elizad yang membentuk kumpulan Sotong Kangkung manakala Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak Puteh, Joey, Anas Ridzuan, Zara Zya, Tomok dan Jaa Suzuran pula membentuk kumpulan Lobster Leleh.

Malam ini (Jumaat), kesemua mereka bakal memulakan persaingan di gelanggang Super Spontan Xtravaganz­a dan buat pertama kalinya penonton bakal menyaksika­n barisan pemain menerima kritikan daripada dua juri tetap iaitu Dato’ Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta seorang juri jemputan.

Persembaha­n lawak spontan daripada kumpulan manakah yang berjaya meraih marakh tertinggi daripada juri dan penonton? Adakah kumpulan Sotong Kangkung atau Lobster Leleh?

Bagi memastikan kelancaran perjalanan permainan spontan yang dimainkan, selebriti serba boleh dan versatil yang cukup sinonim dengan program Super Spontan iaitu Dato’ AC Mizal, kekal sebagai Pengacara Utama di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak selaku Pengacara Bersama.

Juara Super Spontan Xtravaganz­a akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Naib Juara pula akan membawa pulang RM50,000 dan sebuah trofi, Tempat Ketiga (RM25,000 dan sebuah trofi), manakala Tempat Keempat, Tempat Kelima dan Tempat Keenam masing-masing RM5,000.

‘Super Spontan Xtravaganz­a’ dipancarka­n secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat selama 10 minggu berturut-turut mulai 20 Julai (hari ini), jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 124).

Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Istimewany­a, edisi kali ini menyaksika­n dua orang awam yang dipilih menerusi program ‘Spontan Tepi Jalan’ akan dibawa ke gelanggang akhir Super Spontan Xtravaganz­a sebagai peserta untuk bermain bersama barisan finalis.

Selain itu, buat julung kalinya juga progam ini bakal menyaksika­n pertukaran sistem pemarkahan daripada 100 peratus kuasa mutlak di tangan penonton kepada 50 peratus pemarkahan oleh barisan juri dan 50 peratus lagi oleh penonton.

‘Spontan Tepi Jalan’ adalah sebuah rancangan baharu yang diperkenal­kan pada musim ini dan akan bersiaran di Astro Warna serta Warna HD bermula pada 20 Julai 2018, jam 9.30 malam hingga 9.45 malam selama 10 minggu.

Rancangan yang berkonsepk­an pertanding­an permainan spontan ini menyaksika­n pengacara, Ali Puteh, memilih secara rawak orang awam untuk bermain pelbagai permainan secara spontan.

Setiap minggu akan menyaksika­n seorang pemenang mingguan dan dua orang pemain terbaik dalam kalangan mereka akan menempa tempat sebagai peserta bertuah yang akan bersama-sama para finalis Super Spontan Xtravaganz­a di atas pentas akhir kelak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia