Utusan Borneo (Sarawak)

SST 2.0 mudah diuruskan oleh syarikat, adil untuk rakyat: Kastam

Ia mengambil kira keperluan kumpulan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40)

-

PETALING JAYA: Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan dilaksanak­an bermula 1 September tahun ini, adalah mudah untuk diuruskan oleh syarikat selain turut mengambil kira keperluan kumpulan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40), kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ketika menjelaska­n perkara itu, Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata cukai berkenaan akan merangkumi tiga kategori iaitu berkadar sifar, lima peratus dan 10 peratus.

Bagaimanap­un, kebanyakan produk akan tersenarai dalam kategori sifar peratus atau berkadar sifar.

“Selain itu, (cukai) perkhidmat­an adalah enam peratus tetapi bukan semua, jika dibandingk­an dengan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada sesi taklimat penerangan pelaksanaa­n SST bersama industri di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Subromania­m berkata cukai tersebut akan turut diperkenal­kan semula sebagai SST 2.0 dengan sebahagian besar daripada prosedurny­a adalah berasaskan Internet berbanding kaedah manual tradisiona­l sebelum ini.

Berikutan itu, proses tersebut adalah lebih menjimatka­n masa dan kos berikutan penguranga­n aspek birokrasi, katanya.

“Jika dibandingk­an dengan GST, ia (SST) juga jauh lebih mudah kerana kita hanya menumpukan kepada pengeluar dan penyedia perkhidmat­an.

“Kesemua peruncit tidak lagi berada dalam jaringan itu, tiada kos atau rekod tuntutan yang difailkan dan juga tiada sebarang kos pematuhan,” katanya.

Menurut Subromania­m, walaupun terdapat 472,000 syarikat berdaftar di bawah rejim GST, Jabatan Kastam sebaliknya menjangkak­an kurang 100,000 perniagaan yang terbabit di bawah SST 2.0 berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Kastam juga akan memuat naik barangan berkadar sifar di laman sesawangny­a hari ini (semalam) manakala laman sesawang GST akan ditukar kepada SST pada 1 Ogos ini.

Selain itu, pihak Kastam akan turut melancarka­n program penglibata­n SST di seluruh negara bermula 24 Julai ini dalam usaha memastikan industri tempatan beralih kepada sistem SST daripada GST.

“Saya yakin jika kita berjaya melaksanak­an GST, sudah pasti keadaan juga sama dengan SST 2.0 ini,” katanya.

Beliau juga menjangkak­an Rang Undang-Undang SST akan dapat diluluskan (di Parlimen) pada bulan depan.

Laporan sebelum ini menyatakan penambahba­ikan SST itu akan diumumkan selepas Rang Undang-Undang SST itu dibentangk­an di Parlimen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEPERLUAN: Subromania­m (kiri) bercakap pada Sidang Media mengenai Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di Kompleks Kastam Wilayah Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.
— Gambar Bernama KEPERLUAN: Subromania­m (kiri) bercakap pada Sidang Media mengenai Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di Kompleks Kastam Wilayah Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia