Utusan Borneo (Sarawak)

MIDA gesa syarikat tempatan rebut peluang industri F&B

-

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat tempatan digesa merebut peluang besar dalam industri makanan dan minuman (F&B), khususnya yang membabitka­n ramuan makanan seperti formula khusus yang diperlukan oleh pengeluar makanan selain bahan tambahan dan perisa makanan semula jadi.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia ( MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata lebih banyak syarikat juga digalakkan untuk bekerjasam­a dengan penyedia penyelesai­an teknologi selain melabur dalam segmen tersebut.

Beliau turut menggesa syarikat terbabit untuk memperting­katkan kemahiran pekerja masing-masing serta melaksanak­an aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n bagi membentuk peluang baharu selain mengekalka­n daya saing.

“Seiring usaha Malaysia melangkah ke fasa pembanguna­n seterusnya untuk muncul sebagai sebuah negara berpendapa­tan tinggi, kita juga berharap dapat melihat lebih banyak syarikat menyertai aktiviti yang lebih kompleks,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidanga­n dan Seminar Transforma­si Digital dalam Pengeluara­n Makanan dan Minuman MIDA-Siemens di sini, semalam.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalanny­a, Arham Abdul Rahman.

Hadir sama, Presiden dan CEO Siemens Malaysia, Indranil Lahiri.

Azman turut optimis masa depan industri F&B itu kekal berdaya tahan terhadap cabaran luar dan terbukti ‘kebal’ daripada sebarang masalah kemeleseta­n ekonomi.

“Industri itu akan berkembang seiring dengan jumlah penduduk dunia yang diang- garkan akan terus meningkat dan mencecah 9.7 bilion menjelang 2050, berbanding 7.6 bilion pada 2016.

“Oleh itu, permintaan terhadap makanan dijangka terus meningkat iaitu antara 59 peatus dan 98 peratus menjelang 2050,” katanya.

Setakat Mac 2018, MIDA telah meluluskan 2,154 projek perusahaan F&B yang membabitka­n pelaburan bernilai RM51.2 bilion.

Terdahulu, MIDA dan Siemens memeterai memorandum persefaham­an (MoU) membabitka­n kerjasama bagi meningkatk­an kapasiti dan daya saing industri F&B menerusi pelaksanaa­n pendigital­an dan teknologi.

MoU tersebut juga akan menggalakk­an perkongsia­n maklumat teknikal dan pemasaran teknologi perusahaan yang pintar kepada pelabur asing dan tempatan bagi manfaat semua pihak berkepenti­ngan di Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INDUSTRI BERKEMBANG: Arham (dua kiri), bertukar dokumen bersama Indranil (dua kanan) disaksikan Pengarah Eksekutif Jabatan Sumber Pembanguna­n Pengilanga­n MIDA Ahmad Khairuddin (kiri) dan Timbalan Presiden Kanan Siemens Malaysia Adam Yee.
— Gambar Bernama INDUSTRI BERKEMBANG: Arham (dua kiri), bertukar dokumen bersama Indranil (dua kanan) disaksikan Pengarah Eksekutif Jabatan Sumber Pembanguna­n Pengilanga­n MIDA Ahmad Khairuddin (kiri) dan Timbalan Presiden Kanan Siemens Malaysia Adam Yee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia