Utusan Borneo (Sarawak)

Perang perdaganga­n AS-China akan lebih jejaskan pasaran pesat membangun

-

KUALA LUMPUR: Perang perdaganga­n yang semakin serius antara Amerika Syarikat dan China dijangka lebih menjejaska­n negara pesat membangun yang bergantung kepada eksport ketika permintaan dunia menyusut, serta mengurangk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar mereka sebanyak 0.2 hingga 0.4 mata peratusan, kata pakar ekonomi.

Ketua Pakar Ekonomi, Pejabat Penyelidik­an Makroekono­mi ASEAN+3 (AMRO), Dr Khor Hoe Ee berkata negara pengeluar komoditi akan kurang terjejas.

Beliau berkata, perang perdaganga­n itu turut memberi kesan ke atas pasaran kewangan sehingga bank pusat perlu memutuskan untuk menaikkan kadar faedah, sekali gus menyebabka­n pertumbuha­n lebih rendah.

“Ketidakpas­tian lebih besar adalah bagaimana ia akan menjejaska­n pasaran kewangan dan kesan limpahan ke atas keyakinan, pelaburan dan kadar faedah.

“Ini boleh memberi kesan lebih besar kepada pasaran kewangan,” katanya kepada pemberita selepas Siri Meja Bulat ASEAN bertajuk ‘What Lessons Learned from Financial Crises of Recent Times’ (Apakah Iktibar Daripada Krisis Kewangan baru-baru ini) di sini, kelmarin.

Pakar ekonomi itu berpandang­an kebanyakan pasaran pesat membangun di Asia agak kukuh, selain beliau yakin negara pesat membangun di rantau ini telah mengambil langkah proaktif bagi menghalang sebarang krisis daripada berlaku.

“Pada jangkaan saya walaupun dalam keadaan ketidakten­tuan modal, mereka akan mampu mengharung­i kejutan ini.

“Saya yakin bahawa tiada krisis kewangan akan berlaku di negara-negara rantau ini,” katanya.

Khor berkata pada jangka sederhana, penting untuk memperkuku­h jaringan keselamata­n kewangan serantau dan mempercepa­t agenda pembaharua­n berstruktu­r bagi penyepadua­n pendapatan berterusan pada jangka panjang.

Beliau berkata selain itu, AMRO turut yakin terhadap pertumbuha­n ekonomi Malaysia, sejajar dengan amalan fiskal lebih baik dan potensi pemulihan harga minyak mentah pada masa depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia