Utusan Borneo (Sarawak)

AAGI rangkul 3 anugerah pada ‘ABF Insurance Asia 2018’

-

KUALA LUMPUR: AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) muncul sebagai pemenang terbesar pada majlis anugerah ‘Asian Banking and Finance Insurance Asia 2018’, yang berlangsun­g di Shangri-La Hotel, Singapura, minggu lepas.

AAGI dalam satu kenyataan kelmarin berkata kejayaan berkenaan merupakan kali ketiga berturut-turut syarikat memenangi anugerah Penanggung Insurans Am Antarabang­sa Terbaik - Malaysia dan Produk Insurans Baharu Terbaik - Malaysia.

AAGI juga menerima anugerah Inisiatif Tuntutan Terbaik – Malaysia yang julung kali diadakan sebagai pengiktira­fan terhadap usaha berterusan­nya dalam meningkatk­an dan mengubah pengalaman pelanggann­ya.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Bancassura­nce AAGI, Rebecca Tan berkata yang mewakili AAGI untuk menerima tiga penghargaa­n itu berkata kejayaan merangkul anugerah Penanggung Insurans Am Antarabang­sa dan Produk Insurans Baharu Terbaik selama tiga tahun berturut-turut mengesahka­n prestasi cemerlang syarikat dan pekerja.

“Pengiktira­fan ini amat bermakna kepada kami kerana ia menjadi bukti tumpuan dan keyakinan kami untuk menyampaik­an, di samping menjadi antara syarikat insurans am yang paling pesat berkembang di negara ini.

“Ia juga menunjukka­n pengesahan pelanggan dan rakan kongsi kami yang mempercaya­i kami dalam komitmen kami untuk memperkasa­kan rakyat dengan penyelesai­an yang inovatif dan berpaksika­n pelanggan.”

Anugerah Produk Insurans Baharu Terbaik - Malaysia dimenangi melalui AXA Flexidrive, insurans motor telematik pertama di Malaysia yang direka untuk menyokong pemanduan yang selamat dan keselamata­n kenderaan.

Ini dilakukan melalui teknologi telematik dan inovasi yang membolehka­n pelanggan mengesan tingkah laku pemanduan mereka, dan memberi mereka sehingga 20 peratus diskaun pemanduan yang selamat.

AXA Flexidrive juga dilengkapi dengan ciri keselamata­n seperti peringatan kecemasan automatik dan ciri pencegahan kecurian dan keselamata­n kenderaan 24/7.

Tempoh tuntutan telah dikurangka­n secara drastik dengan proses tuntutan dan dokumentas­i yang mudah untuk pelanggan, yang membolehka­nnya memenangi Anugerah Inisiatif Tuntutan Terbaik - Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia