Utusan Borneo (Sarawak)

IKEA Malaysia lanjutkan polisi pemulangan kepada 365 hari

-

KUALA LUMPUR: IKEA Malaysia melanjutka­n polisi pemulangan­nya daripada 100 hari pada masa ini kepada 365 hari bagi memberikan pelanggan lebih banyak masa untuk menukar atau memulangka­n barangan selepas pembelian.

Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibili­ti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.

Polisi pemulangan selama 365 hari yang baharu itu akan membolehka­n pelanggan IKEA mendapat ruang lebih lama untuk membuat keputusan yang tepat bagi rumah mereka. Fleksibili­ti ini bertujuan memberikan pengalaman membeli- belah yang menggembir­akan dan kurang tekanan.

“Zaman digital hari ini, dengan pelanggan mendapat banyak maklumat, kami perlu lebih proaktif menilai semula polisi sedia ada dalam memastikan ia memberikan pengalaman yang positif.

“Pada penghujung hari, kami ingin menyediaka­n pelanggan kami perjalanan yang terbaik di IKEA dan polisi pemulangan baharu kami ini adalah satu langkah ke arah itu,” kata Timbalan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Mike King, dalam satu kenyataan semalam.

IKEA Malaysia adalah peruncit barangan hiasan rumah pertama memperkena­lkan polisi pemulangan 365 hari untuk semua pelanggan mereka di sini.

Resit asal diperlukan untuk tujuan ini dan bayaran balik akan diproses sama seperti kaedah pembayaran. Bagaimanap­un, pengecuali­an adalah terhadap barangan seperti peralatan tempat tidur yang sudah digunakan, tumbuh- tumbuhan, barangan yang ditempah mengikut spesifikas­i dan barangan yang dibeli di rak pameran sedia ada, antaranya.

Untuk maklumat lanjut mengenai polisi penukaran dan pemulangan, sila rujuk IKEA. my/ returnpoli­cy. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia