Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 38 peratus daripada kumpulan barangan IHP dikenakan SST: Lim

-

KUALA LUMPUR: Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) hanya akan merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding 60 peratus mengikut Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata dengan melaksanak­an SST yang telah ditambah baik kerajaan dapat ‘mengembali­kan’ jumlah kutipan cukai kira-kira RM23 bilion kepada rakyat sekali gus mengurangk­an beban kewangan khususnya mereka yang terkesan ekoran kos sara hidup tinggi.

“Pada masa sama, kerajaan berharap jumlah RM23 bilion yang dikembalik­an kepada rakyat dapat merangsang permintaan penggunaan swasta serta meningkatk­an keyakinan pelabur, seterusnya menjana pertumbuha­n ekonomi,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BNAyer Hitam) yang ingin tahu sama ada pelaksanaa­n SST pada 1 September ini akan mendorong kenaikan harga barang serta langkah dalam memastikan cukai itu tidak menyebabka­n kenaikan harga dan membebanka­n rakyat.

Lim berkata, SST merupakan cukai satu peringkat yang secara amnya dikenakan ke atas pihak pengilang dan bukan kepada pengguna sebaliknya GST adalah cukai pelbagai peringkat yang dibayar dan dikutip pada setiap peringkat rantaian bekalan.

“Secara teknikalny­a, di setiap peringkat jualan, pihak pembekal boleh menuntut pengembali­an GST yang telah dibayar sebagai cukai input daripada kerajaan. Bagaimanap­un proses ini menimbulka­n masalah besar kepada aliran tunai operasi bagi banyak syarikat kerana kerajaan sebelum ini lewat dalam pemprosesa­n bayaran balik GST,” katanya.

Beliau berkata, ia menyebabka­n kos perniagaan meningkat dan terpaksa ditanggung oleh pengguna dalam bentuk harga barangan dan perkhidmat­an yang lebih tinggi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata ketidakcek­apan proses bayaran balik menyebabka­n berlakunya lambakan cukai kerana syarikat terpaksa mengambil kira GST sebagai sebahagian kos mereka.

“Jika cekap 100 peratus, bayar cepat-cepat, ini (lambakan cukai) tidak akan kena,” katanya.

Lim yang mengakui bahawa GST adalah sistem pencukaian yang lebih cekap bagaimanap­un berkata kesan peningkata­n harga akibat GST sepatutnya tidak jauh berbeza berbanding SST tetapi kelemahan pelaksanaa­n sistem pencukaian berkenaan menyebabka­n rakyat menanggung beban.

“GST adalah efisien kepada kerajaan tetapi membebanka­n rakyat,” katanya.

Beliau berkata kesan pelaksanaa­n SST adalah separuh daripada kesan GST yang selari dengan usaha kerajaan untuk mengurangk­an beban rakyat.

Selain itu, katanya penguatkua­saan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi lain yang terlibat perlu dipertingk­atkan untuk membendung pengelakan cukai dan pencatutan harga barang.

“Kita hendakkan satu sistem SST yang ditambah baik, telus dan efisien...pada jangka panjang, kita berharap dapat menyaksika­n kos sara hidup lebih rendah dan pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

Lim berkata kerajaan turut yakin defisit fiskal negara tahun ini akan dicapai meskipun GST dihapuskan.

“Bagi tahun ini, ya, defisit fiskal akan dapat dicapai, untuk tahun depan, saya akan membentang­kan belanjawan di Parlimen pada 2 November,” katanya. — Bernama

 ??  ?? BERKUALITI TINGGI: Sebahagian pemandanga­n Kondominiu­m SkyAwani 1 di Sentul.
BERKUALITI TINGGI: Sebahagian pemandanga­n Kondominiu­m SkyAwani 1 di Sentul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia