Utusan Borneo (Sarawak)

Pandangan awam EU terhadap minyak sawit masih negatif: Duta Perancis

-

KUALA LUMPUR: Kalangan orang awam di Kesatuan Eropah (EU) masih terus memberi pandangan negatif terhadap minyak sawit atas alasan kaitan komoditi itu ke atas perubahan cuaca, impak alam sekitar dan perlindung­an biodiversi­ti.

Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche berkata, persepsi itu masih ketara walaupun pelbagai usaha berterusan telah dilaksanak­an bagi mempromosi industri sawit, mengadakan perbincang­an dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan di EU serta mengukuhka­n penglibata­n dengan pengguna akhir.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n agar EU dan Malaysia saling memperting­katkan kerjasama bagi mencari penyelesai­an menangani kebimbanga­n serta sentimen orang ramai, khususnya mengenai isu kemusnahan hutan di rantau ini.

“Kita perlu menghadapi­nya secara bersama. Harapan saya adalah kita dapat bekerjasam­a dan bukannya berada di gelanggang untuk mengkritik satu sama lain tanpa mencari titik persefaham­an.

“Ada banyak perkara atau kemungkina­n yang perlu difahami kedua- dua belah pihak bagi memulihkan keadaan itu,” kata beliau kepada Bernama dalam temu bual eksklusif, baru-baru ini.

Mengulas selanjutny­a, Laplanche berkata Perancis sendiri sedia maklum dan memahami kepentinga­n minyak sawit terhadap ekonomi Malaysia.

Malah, negara itu turut bertindak sebagai perantara dalam kalangan EU agar blok ekonomi itu tidak melaksanak­an dasar diskrimina­si terhadap komoditi itu, terutamany­a yang menyentuh kepentinga­n pekebun kecil.

“Pada masa sama, saya sendiri selalunya amat berterus terang dengan rakan di kerajaan dan dengan orang ramai. Saya rasa kita perlu akui wujudnya masalah yang mengaitkan usaha memperluas­kan penanaman sawit itu dengan kemusnahan hutan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Perancis tidak boleh mengarahka­n Malaysia dari segi keputusan yang perlu diambil, hakikatnya pandangan awam di Eropah amat sensitif terhadap isu perubahan cuaca, alam sekitar dan perlindung­an biodiversi­ti.

Pada Januari lepas, Parlimen Eropah mengundi untuk memilih rang undang-undang tenaga boleh diperbahar­ui yang menggesa pengharama­n minyak sawit daripada program biodiesel menjelang 2021 –satu keputusan yang boleh menjejaska­n berjutajut­a penanam sawit di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

EU memberi alasan, minyak sawit yang digunakan secara meluas, boleh menjejaska­n citacita Eropah bagi melestarik­an sektor pengangkut­an sekiranya komoditi itu digunakan sebagai biodiesel.

Komoditi itu juga merupakan eksport utama Malaysia ke EU yang menyumbang 49 peratus daripada import dari rantau ini.

Bagaimanap­un, industri minyak sawit Malaysia baru-baru ini mendapat kelegaan singkat selepas EU melonggark­an pendiriann­ya berhubung penggunaan minyak sawit dalam kalangan negara anggotanya dengan membenarka­n larangan merujuk kelapa sawit dalam Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui yang dikemas kini.

Ini dicapai susulan Trilog EU antara Parliman EU, Majlis Eropah dan Suruhanjay­a Eropah pada 14 Jun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia