Utusan Borneo (Sarawak)

60 peratus daripada tiga unit SkyAwani terjual

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,200 unit atau 60 peratus daripada SkyAwani 3 Residences di bawah skim perumahan mampu milik Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) telah terjual dalam tempoh enam bulan selepas pelancaran­nya pada Februari lepas.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Skyworld Developmen­t Group (SkyWorld) Lee Chee Seng berkata tiga blok terakhir SkyAwani dijangka akan dibuka untuk jualan pada Ogos depan.

Beliau yakin memandang SkyAwani 3 memiliki kemudahan dan harga yang sama, ia akan mencatatka­n kejayaan seperti SkyAwani 1 dan SkyAwani 2.

“Kerja-kerja cerucuk untuk siri ini akan siap pada bulan depan, manakala kerja-kerja pembinaan utama akan bermula pada September,” katanya kepada Bernama selepas melawat SkyAwani 1 di sini semalam.

SkyAwani 3 menawarkan 1,905 unit, masing-masing dengan binaan standard seluas 800 kaki persegi pada harga RM300,000. Blok ini dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

Kondominiu­m itu yang terletak di Setapak, memiliki nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM600 juta serta dilengkapi dengan tiga bilik dan dua bilik mandi.

Siri keempat SkyAwani, SkyAwani 4, juga terletak di Setapak, akan dilancarka­n pada suku ketiga tahun depan, dengan unit-unit berkeluasa­n 1,700 dan 800 kaki persegi seunit pada harga yang berpatutan.

Menurut beliau lagi, skim perumahan seperti RUMAWIP perlu diteruskan kerana ia membantu golongan muda dan pasangan baharu berkahwin untuk memiliki rumah, kerajaan juga perlu mengkaji semula terma-terma pinjaman bank bagi memudahkan pembeli pertama seperti belia dan graduan universiti.

“Ya, memang terdapat ban- yak pembeli tetapi kadar pembeli yang gagal dalam permohonan pinjaman mereka adalah agak tinggi,” katanya.

Sementara itu, Lee menafikan dakwaan bahawa kualiti cat di blok SkyAwani 1 adalah berkualiti rendah, berikutan SkyWorld sentiasa menyampaik­an produk yang baik dan berkualiti tinggi.

“Yang membuat aduan ini, hanya segelintir pembeli, mereka mendakwa bahawa cat bangunan SkyAwani 1 adalah seperti sebuah pangsapuri berkos rendah tetapi mereka tidak tahu trend warna di Eropah yang sedang menjadi ikutan sekarang ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia