Utusan Borneo (Sarawak)

Pengumuman 20 peratus royalti minyak oleh Dr Mahathir amat mengeliruk­an: Lina

-

KUCHING: Pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung 20 peratus royalti minyak bagi negeri-negeri pengeluar sumber asli itu amat mengeliruk­an.

Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo berkata, pengumuman itu jelas melibatkan Sarawak, namun mempersoal­kan sama ada ia sekadar helah untuk mengalihka­n perhatian terhadap isu pemilikan sumber minyak dan gas asli itu oleh Sarawak.

“Menerusi kefahaman saya daripada amalan ini, pengiraan royalti minyak adalah berdasarka­n kepada peratus pengeluara­n kasar dan ia bebas daripada segala kos.

“Di dalam amalan ini, kadar royalti cenderung untuk berubah di antara 12.5 peratus dan 25 peratus bergantung kepada kemahiran rundingan pemilik,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.

Bagaimanap­un, Lina terkejut apabila Perdana Menteri telah menawarkan 20 peratus daripada keuntungan, justeru turut melibatkan faktor kos pengeluara­n, perbelanja­an operasi dan cukai.

“Adakah Perdana Menteri telah beralih dari misi senenar untuk menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya lepas atau menafikan pengundi Sarawak dengan menukar pengiraan asas pengeluara­n kasar kepada keuntungan?

“Adakah kerajaan PH ( Pakatan Harapan) cuba mengelak daripada membayar kepada Sarawak dengan menggunaka­n perakaunan kreatif? Adakah ini helah?” ujar beliau.

Sehubungan itu, Lina menggesa kerajaan Sarawak mempercepa­tkan isu pemilikan minyak dan gas asli yang terdapat di darat dan perairan Sarawak menerusi proses perlembaga­an di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Penggubal undangunda­ng yang telah dipilih sekiranya gagal berbuat demikian maka mereka gagal dalam menjalanka­n tugas untuk berjuang dan melindungi sumber, hak dan kedaulatan Sarawak,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia