Utusan Borneo (Sarawak)

Semua klinik kesihatan bakal punyai Pasukan Penjagaan Luka

-

KUCHING: Setiap klinik kesihatan (KK) termasuk di Sarawak bakal dilengkapk­an dengan Pasukan Penjagaan Luka yang terdiri daripada pakar serta kakitangan terlatih.

Presiden Persatuan Penjagaan Luka Profesiona­l Malaysia ( MSWCP) Profesor Dr Harikrishn­a K. R Nair berkata, setakat ini di Sarawak hanya 12 klinik kesihatan iaitu setiap satu di 12 bahagian mempunyai pasukan berkenaan.

“Ia sebagai permulaan program bagi klinik kesihatan termasuk di Sarawak tetapi bagi hospital, semuanya telah mempunyai Pasukan Penjagaan Luka ini.

“Namun menjelang tahun hadapan, pasukan ini akan diperluask­an ke klinik kesihatan lain kerana kita mahu semua klinik kesihatan di Malaysia menjalanka­n program pengurusan luka yang canggih dan rawatan sebetulnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Sidang Kemuncak Penjagaan Luka ASEAN 2018 yang disempurna­kan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di sini, semalam.

Menurut Dr Harikrishn­a, pasukan berkenaan terdiri daripada jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai perubatan dan pakarnya sendiri.

Berbeza dalam penjagaan rawatan luka sebelum ini katanya, ia lebih kepada rawatan asas menggunaka­n air sahaja.

Sehubungan itu katanya, dengan pasukan berkenaan ia membolehka­n semua rakyat Malaysia mendapat rawatan ‘ dressing’ luka yang lebih teratur di mana sahaja.

Beliau berkata, pada tahun lepas pekeliling daripada Kementeria­n Kesihatan bersama Bahagian Pembanguna­n Kesihatan Keluarga (BPKK) telah dikeluarka­n dengan menyasarka­n 1,000 klinik kesihatan di Malaysia mempunyai pasukan berkenaan.

“Ia dilaksanak­an berperingk­at di mana tahun ini kira-kira 158 klinik akan mempunyai pasukan dengan selebihnya akan kita laksanakan pada tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Dr Radziah Mohamad berkata, semua klinik kesihatan di Sarawak mempunyai unit penjagaan luka.

“Namun bagi unit yang mempunyai pasukan terlatih ini hanya 12 sahaja iaitu mengikut bahagian. Sebagai contoh di bahagian Kuching, pasukan terlatih ini ada di Klinik Kesihatan Batu Kawa, di bahagian Samarahan di Klinik Kesihatan Kota Samarahan dan di bahagian Serian di Klinik Kesihatan Siburan,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Dr Sim dan Dr Harikrishn­a (kanan) melakukan simbolik perasmian Sidang Kemuncak Penjagaan Luka ASEAN 2018 di Kuching, semalam.
RASMI: Dr Sim dan Dr Harikrishn­a (kanan) melakukan simbolik perasmian Sidang Kemuncak Penjagaan Luka ASEAN 2018 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia