Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Nungsari, Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu

-

PUTRAJAYA: Anggota Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) Dr Nungsari Ahmad Radhi dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif suruhanjay­a itu berkuat kuasa semalam, menggantik­an Tan Sri Jen (B) Abdullah Ahmad yang meletak jawatan baru-baru ini.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumka­n pelantikan itu turut menyatakan elaun baharu pengerusi eksekutif MAVCOM itu adalah sebanyak RM15,000 sebulan, seiring dengan dasar ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, jumlah elaun itu adalah sama seperti yang diberikan kepada Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Ma- laysia (CAAM).

“Kita sama ratakan (elaun pengerusi) dua badan ini yang kedua- duanya berhubung kait dengan penerbanga­n awam. Ini satu dasar baharu kita streamline elaun pengerusi-pengerusi badan berkanun,” katanya dalam sidang media, di sini semalam.

Jumlah elaun pengerusi eksekutif MAVCOM menjadi isu sebelum ini apabila Loke mendedahka­n Abdullah menerima sebanyak RM85,000 sebulan.

Loke pada 6 Julai lepas dilaporkan sebagai berkata, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi arahan supaya gaji itu disemak semula.

Mengenai pelantikan Nungsari, katanya beliau yakin pemegang ijazah Doktor Falsafah ( PhD) dalam Ekonomi dari Purdue University, Amerika Syarikat itu mampu menggalas tugas melalui pengalaman­nya sebagai anggota MAVCOM selain pernah menjadi ahli parlimen Balik Pulau dari 1995 hingga 1999.

“Sudah tentu banyak isu terkini yang perlu dikendalik­an MAVCOM termasuk yang dibangkitk­an di Parlimen dua hari lepas berkenaan kawalan harga tiket domestik dan penerbanga­n awam luar bandar yang perlu ditangani secepat mungkin,” kata Loke.

Dalam pada itu, Nungsari melahirkan penghargaa­n kepada kerajaan atas pelantikan itu dan berikrar akan meneruskan usaha MAVCOM memainkan peranan dalam industri penerbanga­n awam dengan lebih baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia