Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan Wilayah Kuala Lumpur 2020-2040 dirangka akhir 2019

-

KUALA LUMPUR: Pelan Wilayah Kuala Lumpur 2020- 2040 akan dirangka pada akhir tahun depan dalam usaha menjadikan ibu negara ke arah sebuah bandar raya bertaraf dunia, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata pelan tersebut perlu bagi meneruskan perancanga­n pembanguna­n ibu kota, mengatasi kesesakan lalu lintas dan seterusnya meningkatk­an kualiti kehidupan warga kota.

“Pelan ini sepatutnya digazetkan lebih awal iaitu pada 2015, namun ia telah ditangguhk­an. Hanya pelan struktur ( Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020) yang diwartakan sebelum ini.

“Bila pelan tempatan (Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020) tak diwartakan, maka ada banyak kelonggara­n berlaku dan dalam pentadbira­n baharu ini kita akan wartakanny­a bagi menyelesai­kan projek-projek yang didapati bercanggah dengan pelan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah di Menara DBKL, di sini, semalam.

Khalid berkata kementeria­n bersama-sama 11 ahli Parlimen akan merangka pelan Wilayah Kuala Lumpur 2020-2040 sebelum penghujung 2019.

“Sebelum 2020 kita akan pamerkan pelan untuk persetujua­n semua pihak sebelum ia digazetkan supaya tiada lagi ketidaktel­usan,” katanya.

Sementara itu, Khalid menyangkal khabar angin yang mendakwa bahawa kementeria­n tidak meluluskan bajet untuk kerja-kerja penyelengg­araan dan pembersiha­n di seluruh wilayah.

Jelasnya, pihak kementeria­n juga tidak pernah menghentik­an pembayaran kepada kontraktor utama dan masih menghormat­i kontrak mereka.

“Dalam tempoh dua minggu dari sekarang, saya akan mengadakan pertemuan dengan semua kontraktor utama bagi membincang­kan tentang prestasi kontraktor di kawasan mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia