Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mencatatka­n 1,350 kes HFMD setakat kelmarin

-

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 1,350 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) hingga kelmarin, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri S. Veerapan.

Beliau dalam kenyataan di sini, semalam berkata jumlah kes itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 139.8 peratus berbanding 536 kes pada tempoh sama tahun lepas.

“Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 950 kes di daerah Seremban, Jempol (102), Port Dickson (75), Rembau (73), Kuala Pilah (63), Jelebu (46) dan 41 kes di Tampin. Tiada sekolah yang ditutup sepenuhnya di Negeri Sembilan.

“Jumlah premis masih ditutup adalah dua taska dan satu prasekolah di Sekolah Kebangsaan Paroi, Seremban. Hasil semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mendapati tiga pelajar prasekolah di SK Paroi, dijangkiti dan kesemuanya mendapat rawatan pesakit luar dan stabil,” katanya.

Veerapan dalam pada itu meningatka­n orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga pusat kanak-kanak di taska, tadika, tabika dan prasekolah supaya mengambil langkah pencegahan termasukla­h memastikan kebersihan premis serta melakukan saringan di pintu masuk premis bagi memastikan tiada kanak- kanak dijangkiti.

“Selain itu, mereka perlulah melaporkan kluster HFMD kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampira­n untuk tindakan kawalan dan pencegahan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia