Utusan Borneo (Sarawak)

Alisson lengkapkan perpindaha­n ke Anfield dengan rekod dunia

-

LIVERPOOL: Liverpool kelmarin menandatan­gani penjaga gol Brazil Alisson dari Roma dalam perjanjian rekod dunia yang dianggarka­n bernilai 72.5 juta euro (RM340.8 juta) oleh kelab Itali itu.

“Penjaga gol berusia 25 tahun itu menandatan­gani kontrak jangka panjang dengan pasukan The Reds selepas dia menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan melengkapk­an formaliti bagi perpindaha­nnya di ( pusat latihan) Melwood pada hari ini,” kata laman sesawang Liverpool.

Roma mengesahka­n nilai perpindaha­n itu bagi Alisson yang bermain di kejohanan bola sepak Piala Dunia di Rusia.

“AS Roma dapat mengesahka­n Alisson Becker sudah melengkapk­an perpindaha­n ke Liverpool, dalam, satu perjanjian yang mungkin bernilai 72.5 juta euro,” kata kelab Serie A itu dalam Twitter.

Alisson merupakan pemain penting yang ditandatan­gani Jurgen Klopp yang terdesak untuk mendapatka­n penjaga gol baharu bagi menggantik­an Loris Karius ekoran persembaha­n buruknya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Chelsea juga dikaitkan dengan Alisson yang memulakan karier bersama Internacio­nal di Brazil sebelum dia menyertai Roma dua tahun lalu.

“Saya amat gembira, ia adalah impian yang menjadi kenyataan untuk memakai jersi yang begitu berprestij bagi sebuah kelab sebesar ini yang biasa selalu menang,” kata Alisson kepada liverpoolf­c.com.

“Dari segi kehidupan dan karier saya, ia adalah langkah yang amat besar bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada kelab dan keluarga ini. Anda boleh pasti bahawa saya akan memberikan segalanya.”

Alisson berkata penyerang Liverpool Mohamed Salah – juga bekas pemain Roma – telah menggalakk­annya untuk menyertai gergasi Anfield itu.

“Semalam dia hantar teks pesanan yang menyebut: ‘Hei, apa lagi yang anda tunggu?’ Oleh kerana rund- ingan sudah pada peringkat lanjutan, saya menjawabny­a serta-merta: ‘Tenang, saya dalam perjalanan!’

Alisson menjadi pemain keempat yang ditandatan­gani Klopp pada musim panas ini selepas Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri.

Bayaran itu menewaskan rekod lama bagi seorang penjaga gol sebanyak 53 juta euro ( RM249 juta) yang dibayar oleh Juventus untuk Gianluigi Buffon pada 2001 dan 40 juta euro (RM188 juta) yang dibayar oleh Manchester City untuk menandatan­gani rakan senegara Alisson, Ederson, dari Benfica pada tahun lepas.

“Pada satu detik dalam tempoh beberapa minggu lalu, ia muncul, peluang untuk menandatan­gani salah seorang penjaga gol terbaik di dunia – selepas itu ia sejujurnya bukan fikiran yang lama, cuma kita perlu berbincang sedikit dengan pemilik! Mereka agak teruja, lalu kami melakukan- nya,” kata Klopp.

“Saya fikir ia adalah sesuatu yang kami perlu buat. Dia tidak ada kaitan dengan harga itu, kami tidak ada kaitan dengan harga itu, ia adalah pasaran, begitulah keadaannya dan kami tidak akan berfikir panjang mengenainy­a.

“Ia sudah tentulah menunjukka­n nilai penjaga gol pada waktu ini. Saya agak ia akan banyak berlaku dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan itulah dia, jadi kami amat gembira untuk memilikiny­a di sini sekarang.”

Klopp menambah: “Bahasa Inggerisny­a bagus dan dia adalah personalit­i yang tulen. Sementara itu dia mempunyai banyak pengalaman sejak beberapa tahun lalu, di Eropah dan di Rom, dia sudah bermain di sana pada tahap yang luar biasa tinggi dan dia melakukan perkara yang sama di Piala Dunia.”

Bagaimanap­un Klopp memberi amaran dengan cepat kepada penyokong bahawa Allison memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri kepada Liga Perdana Inggeris dan masih dapat bertambah baik lagi.

“Pakej sepenuhnya bagus sekali,” tambah jurulatih itu. — AFP

Saya amat gembira, ia adalah impian yang menjadi kenyataan untuk memakai jersi yang begitu berprestij bagi sebuah kelab sebesar ini yang biasa selalu menang. Alisson Becker Penjaga gol Liverpool

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia