Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Liga Berlian London jadi medan penting untuk mengukuhka­n reputasiny­a

-

LONDON: Juara 60 meter tertutup dunia Christian Coleman berpeluang untuk mengukuhka­n reputasiny­a sebagai ketua kumpulan pelari pecut dalam era pasca Usain Bolt pada hari pembukaan kejohananL­igaBerlian­London pada hari ini (Sabtu).

Pemecut berusia 22 tahun dari Amerika Syarikat (AS) itu menamatkan siri tanpa kalah Bolt selama empat tahun dalam acara 100 meter pada peringkat separuh akhir kejuaraan dunia di Stadium London pada Ogos tahun lepas, sebelum dia menamatkan perlumbaan di antara rakan senegara Justin Gatlin dan Bolt yang bersara sebagai pemenang pingat perak dalam perlumbaan akhir dua jam kemudian.

Selepas dia memecah rekod 60 meter tertutup dunia berusia 19 tahun yang dicipta oleh Maurice Greene pada Februari lalu dan memenangi kejuaraan 60 meter tertutup dunia pada Mac, Coleman kelihatan sudah bersedia untuk menjadi kuasa dominan dalam acara 100 meter pada 2018.

Namun dia menduduki tempat kedua di belakang Ronnie Baker di Eugene dan tempat keempat di belakang atlet senegara yang menang di Rom dalam permulaan yang dilanda kecederaan kepada musim terbuka Mei lalu.

Selepas berehat untuk pulih daripada masalah hamstring, Coleman kembali beraksi dalam Liga Berlian dengan kemenangan tipis dalam acara 100 meter ke atas Baker di Rabat, kedua-dua lelaki diberi masa 9.98 saat selepas menamatkan perlumbaan dengan jarak sekadar 0.006 saat.

“Saya melihat perkara ini sebagai pembukaan semula bagi musim saya,” kata Coleman, yang pasti mahu memperbaik­i masa terbaik yang sederhana itu bagi musim ini di London di mana dia sekali lagi bertarung dengan Baker.

Baker, 24, memenangi pingat gangsa dalam acara 60 meter tertutup dunia di belakang Coleman yang menang di bumi Inggeris di Birmingham pada Mac lalu dan mencatatka­n masa terbaik sepanjang hayat 9.88 saat dalam acara 100 meter di Paris pada bulan lepas.

Namun Coleman masih lelaki terpantas dalam acara 100 meter sejak Olimpik Rio 2016, berkat 9.82 saat yang dia catatkan ketika memenangi kejohanan kolej AS pada tahun lepas.

Barisan pelari 100 meter di London juga termasuk juara kejohanan kolej AS, Cameron Burrell, anak bekas pemegang rekod dunia dalam acara 100 meter, Leroy Burrell, selain juara dunia 2011 Yohan Blake dari Jamaica, pemegang kejuaraan Komanwel dari Afrika Selatan, Akani Simbine, dan juara British, Reece Prescod.

Coleman bukan satu-satunya atlet terkenal yang ada sesuatu untuk dibuktikan di ibu negara England.

Selepas siri tanpa kalahnya selama dua tahun berakhir di Rabat setelah 45 kemenangan berturut- turut, Mariya Lasitskene dari Rusia pasti bertekad untuk mengembali­kan dominasiny­a dalam acara lompat tinggi wanita esok (Ahad).

Lasitskene, yang memenangi pingat emas terbuka dunia di Stadium London pada tahun lepas, menentang juara tertutup dunia Vashti Cunningham dari AS.

Acara 400 meter lelaki pada hari ini menandakan kepulangan buat kali kedua kepada aksi Liga Berlian dalam tempoh dua tahun bagi Kirani James, warga Grenada yang memenangi pingat emas dalam acara 400 meter Olimpik ketika berusia 19 tahun di London pada 2012.

James, yang kembali beraksi selepas didapati menghidap Penyakit Graves, menentang Abderrahma­n Samba, pelari dari Qatar yang naik ke tempat kedua dalam senarai 400 meter lompat pagar sepanjang zaman dunia di Paris pada bulan lepas. Acara 800 meter wanita esok akan memaparkan cubaan oleh juara tertutup berganda Eropah Laura Muir untuk memecah rekod British yang dipegang oleh Zola Budd selama 1985. — AFP

Saya melihat perkara ini sebagai pembukaan semula musim saya. Christian Coleman Atlet pecut AS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia