Utusan Borneo (Sarawak)

Belia Mukah diseru meriahkan program Hari Sarawak hari ini

-

SIBU: Kumpulan Syarikat CCK menyerahka­n sumbangan sebanyak 200 telur khasiat ‘CCK 8tra Eggs-Nutrients Enriched Eggs’ kepada Persatuan Autisme Sibu (SAA) bertempat di Pusat Agape Sibu, semalam.

Penyerahan sumbangan itu disempurna­kan oleh Pengerusin­ya Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok kepada Penasihat SAA Thomas Ling.

Turut hadir ialah isteri Tiong, Puan Sri Datin Wong Bak Hee. Sumbangan itu disampaika­n sempena dengan ulang tahun ke-60 Kumpulan Syarikat S.K Tiong.

Hasil jualan telur tersebut akan disalurkan kepada SAA. MUKAH: Golongan belia di Mukah dan sekitarnya diseru bersama memeriahka­n beberapa program anjuran Pertubuhan Belia Parlimen Mukah sempena Hari Sarawak Merdeka, hari ini.

Pengerusin­ya, Royston Valentine berkata, semua program yang dirangka bakal menyemai semangat kecintaan terhadap Sarawak.

“Kita mahu semaikan semangat cintakan negeri dan tahu erti kata sebenar kemerdekaa­n kalangan belia,” katanya di sini semalam.

Di samping itu, ia mempromosi­kan gaya hidup sihat kalangan belia mengikuti setiap aktiviti.

Antaranya pertanding­an bola sepak, tenis, pingpong dan memanah tradisiona­l.

Untuk penggemar permainan video, mereka boleh mengikuti pertanding­an Playstatio­n 4, Sembang Santai ‘I am Sarawakian’ dan majlis kesyukuran sempena sambutan kemerdekaa­n.

Semua aktiviti dijalankan di Pusat Kegiatan Belia Mukah bermula hari ini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Rosyston menerusi talian 0198187880.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia