Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Sibu kini boleh mohon dana daripada dua Ahli Parlimen PH

-

SIBU: Masyarakat di sini kini boleh memohon dana daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diperuntuk­kan kepada dua Ahli Parlimenny­a.

Ahli Parlimen Lanang Alice Lau berkata, pengagihan peruntukan sebanyak RM500,000 itu dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu 20 peratus bagi golongan yang dikelaskan di bawah kebajikan sosial, 40 peratus bagi persatuan dan pertubuhan, dan 40 peratus lagi untuk projek pembanguna­n.

Menurutnya, beliau sudah menerima permohonan daripada beberapa agensi di sini sejak beberapa hari yang lalu.

“Namun, semua permohonan masih perlu dipanjangk­an kepada Pejabat Pembanguna­n Negeri (SDO) untuk pemeriksaa­n serta pertimbang­an,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang.

Lau memberitah­u, pemohon perlu mengikuti prosedur yang ketat seperti menyediaka­n dokumentas­i yang diperlukan untuk menyokong permohonan mereka.

“Semua ini diperlukan kerana kerajaan PH meletakkan penekanan yang jelas mengenai ketelusan,” katanya.

Katanya, apabila permohonan itu akhirnya diluluskan, dana itu akan dikreditka­n ke dalam akaun pertubuhan, persatuan, kelab dan se- bagainya dan bukannya akaun peribadi.

Bagi permohonan untuk dana bagi projek pembanguna­n fizikal, tarikh tutup ialah 30 September.

Beliau berkata, penduduk kawasan Lanang boleh mencari beliau untuk proses permohonan, manakala penduduki kawasan Sibu boleh menghubung­i Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling.

Bagi kategori projek pembanguna­n, beliau berkata, maksimum hanya RM50,000 akan diberikan kepada pemohon yang diluluskan, manakala untuk kategori persatuan atau organisasi, mereka hanya akan menerima maksimum RM5,000.

“Kategori kebajikan sosial akan menerima maksimum hanya RM1,000 bergantung kepada kes,” tambahnya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Lau (dua kanan), Ling (dua kiri), Chang (kanan) serta yang lain ketika bercakap dengan pemberita di Sibu, semalam.
SIDANG MEDIA: Lau (dua kanan), Ling (dua kiri), Chang (kanan) serta yang lain ketika bercakap dengan pemberita di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia