Utusan Borneo (Sarawak)

Industri perkapalan catat permintaan tinggi terhadap keperluan tenaga kerja tempatan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Akademi Maritim Pelita Maslaut ( PMSB) komited untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam industri maritim dan perkapalan.

Pengarah Urusan PMSB Masni Amit berkata, industri perkapalan mencatatka­n permintaan tinggi terhadap keperluan tenaga kerja tempatan.

“Ramai pelatih PMSB yang telah menjalani latihan praktikal antara empat hingga enam bulan ditawarkan pekerjaan oleh majikan,” ujarnya pada Majlis Penutupan Tamat Kursus Teori Siri 21 di sini, malam kelmarin.

Masni berkata, ada pelatih PMSB yang berjaya menjadi kapten, pegawai dan jurutera dalam industri berkaitan, sama ada bekerja di dalam

Pengalaman lebih 10 tahun dalam merekrut pelatih dalam industri maritim dan perkapalan ini membolehka­n kita mendapat pengiktira­fan kerajaan. Masni Amit Pengarah Urusan PMSB

mahupun luar negara.

“Pengalaman lebih 10 tahun dalam merekrut pelatih dalam industri maritim dan perkapalan ini membolehka­n kita mendapat pengiktira­fan kerajaan,” jelasnya.

Tahun lalu katanya, PMSB dipilih sebagai penerima Anugerah Pusat Maritim Terbaik Malaysia oleh Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia.

“Harapan kita ialah melahirkan ramai pelaut di Sarawak untuk mengisi keperluan tenaga kerja dalam industri perkapalan dan maritim,” tegasnya.

Menurutnya, industri itu masih dikuasai oleh tenaga kerja asing sedangkan tenaga kerja tempatan juga mampu bersaing jika diberi latihan mencukupi.

Sementara itu, pelatih PMSB diberi pendedahan tentang latihan teori selama tiga bulan dan kursus praktikal bersama syarikat perkapalan selama enam bulan.

“Sekiranya mereka menunjukka­n prestasi yang cemerlang dalam tempoh latihan industri, maka majikan akan menawarkan mereka pekerjaaan serta-merta,” jelasnya.

Sehubungan itu, Masni mahu semua pelatih Siri 21 kali ini membuktika­n kemampuan mereka menjadi pelaut terlatih dan berkema- hiran dari PMSB.

Bagi 2018 katanya, pihaknya melaksanak­an pengambila­n pelajar pada Ogos depan dengan menyasarka­n seramai 30 pelajar pelbagai etnik.

Hadir sama ialah Pegawai Unit Hal Ehwal Pelaut Pejabat Laut Miri Mohd Zakwan Mohd Zaki, Pengurus PMSB Hamimah Abon, Pengarah Latihan dan Operasi Kumpulan PMSB Safrin Masni dan Kaunselor Abdullah Jaini.

 ??  ?? SUDAH BERSEDIA: Masni (lima kanan) dan Zakwan (empat kiri) serta tetamu lain bergambar bersama pelatih PMSB yang telah menamatkan kursus teori, malam kelmarin.
SUDAH BERSEDIA: Masni (lima kanan) dan Zakwan (empat kiri) serta tetamu lain bergambar bersama pelatih PMSB yang telah menamatkan kursus teori, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia