Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n pemakaian kasut hitam bagi pelajar sekolah diterima baik

-

MIRI: Pelaksanaa­n pemakaian kasut hitam bagi semua pelajar sekolah bermula tahun depan yang diumumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada Khamis lalu diterima baik oleh ibu bapa di sini.

Seorang bapa, Donny Joe, 40-an bersetuju dengan pelaksanaa­n itu memandangk­an kasut putih cepat kotor dan susah untuk dicuci.

“Berbanding dengan kasut hitam, sekurang- kurangnya anak- anak kita tidak perlu menyental kasut mereka sekiranya kotor kerana ia kurang nampak.

“Malah, kualiti kasut putih sekolah sekarang juga agak kurang dan mudah cepat rosak kalau beli yang murah. Kalau yang mahal pula, mungkin ada di kalangan ibu bapa kurang berkemampu­an lebih-lebih lagi jika mempunyai anak ramai.

“Kalau kualiti kurang dan perlu dicuci setiap minggu juga menyebabka­n kasut akan cepat koyak,” katanya.

Donny mempunyai dua anak lelaki masing-masing berumur 11 dan 10 tahun berkata, kekerapan aktiviti kokurikulu­m setiap minggu mewajibkan pelajar memakai kasut berwarna putih juga mengotorka­n kasut mereka.

“Sebagai contoh, jika ada aktiviti kokurikulu­m pada Isnin dan Selasa, kasut sudah mula kotor dan sehingga Jumaat sudah bertambah kotor terutamany­a bagi anak-anak yang aktif,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, hasrat Kementeria­n Pendidikan menyaksika­n pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara turut disokong.

“Lebih banyak bahasa anak-anak kita tahu lebih ramai mereka menimba ilmu dan mudah untuk mereka berinterak­si pelbagai bahasa apabila berurusan di luar negara,” katanya.

Turut bersependa­pat dengan Donny, seorang suri rumah, Liza Ginggan, 34, berkata kasut hitam lebih bersih dan kemas untuk pelajar.

Katanya, kasut putih perlu direndam dahulu sebelum diberus dan mengambil masa untuk dibersihka­n.

“Itu belum lagi kalau hari hujan atau cuaca tidak me- nentu hujung minggu takut kasut tidak kering sekirnya lambat dicuci atau sekadar dicuci sahaja dan kekotoran masih kelihatan.

“Berbanding dengan kasut hitam, lebih senang dicuci dan tidak perlu direndam lama,” katanya turut perlu membantu membersihk­an kasut sekolah anaknya yang masing- masing bersekolah Tahun 1 dan tadika.

Pada Khamis lalu, Dr Maszlee mengumumka­n pelaksanaa­n pemakaian kasut hitam bagi seluruh pelajar sekolah tahun depan pada Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan di Shah Alam.

Pada masa sama, pihaknya mahu memastikan pelajar sekolah di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa melalui sistem pendidikan negara.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Chow bersama barisan jawatankua­sa penganjur serta tetamu kenamaan merakamkan gambar kenangan pada majlis penutupan Festival Seni Khat dan Jawi Peringkat Zon Borneo di Kuching, baru-baru ini.
UNTUK KENANGAN: Chow bersama barisan jawatankua­sa penganjur serta tetamu kenamaan merakamkan gambar kenangan pada majlis penutupan Festival Seni Khat dan Jawi Peringkat Zon Borneo di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? LEBIH MUDAH: Donny bersama dua anaknya, Constantin­e Joe, 11, (kiri) dan Elijah Liban Joe, 10, (kanan) ditemui kelmarin.
LEBIH MUDAH: Donny bersama dua anaknya, Constantin­e Joe, 11, (kiri) dan Elijah Liban Joe, 10, (kanan) ditemui kelmarin.
 ??  ?? LIZA
LIZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia