Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang tersebut menjunjung konsep ketuanan Yahudi dan menindas hak minoriti terutamany­a bangsa Arab

-

KUALA LUMPUR: DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan Knesset (Parlimen) Israel meluluskan undang- undang negara Yahudi yang bersifat zalim, tidak adil dan demokratik sama sekali, kata setiausaha agungnya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata undangunda­ng terbaharu tersebut menjunjung konsep ketuanan Yahudi dan menindas hakhak minoriti terutamany­a bangsa Arab.

“Identiti penduduk Arab termasuk bahasa mereka telah diketepika­n dan dinafikan melalui proses perundanga­n yang bersifat perkauman. Bahasa Arab yang sebelum ini diiktiraf oleh undang-undang sebagai bahasa rasmi kini telah diturunkan taraf.

“Kaum minoriti yang selama ini telahpun dilayan sebagai rakyat kelas kedua kini akan terus dipinggirk­an dengan lebih teruk lagi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, media antarabang­sa melaporkan Knesset meluluskan rang undangunda­ng kontrovers­i yang mentakrifk­an negara itu sebagai negara Yahudi secara eksklusif.

Ia diluluskan selepas sesi tegang di Parlimen yang berlangsun­g selama lebih lapan jam menyaksika­n 62 menyokong manakala 55 menolak.

Lim, yang juga Menteri Kewangan, berkata undang-undang tersebut secara unilater- al mengisytih­arkan “seluruh kota Baitulmuqq­adis” sebagai ibu kota negara Israel.

Tindakan itu, katanya, bukan sahaja bercanggah dengan segala konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabang­sa yang mengiktira­f negara Palestin, malah melanggar prinsip keamanan dan kemanusiaa­n dalam mengembali­kan kestabilan di rantau tersebut.

“DAP yang selama ini berpegang kepada prinsip kebebasan, kesaksamaa­n dan persaudara­an akan tetap menentang segala bentuk kezaliman dan perkauman tidak kira di Malaysia atau di

DAP yang selama ini berpegang kepada prinsip kebebasan, kesaksamaa­n dan persaudara­an akan tetap menentang segala bentuk kezaliman dan perkauman tidak kira di Malaysia atau di mana-mana

dunia. ” sahaja di Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP

mana-mana sahaja di dunia,” katanya.

Justeru, beliau menyeru masyarakat antarabang­sa untuk bersatu memberi tekanan kepada Israel supaya me- mansuhkan undang-undang zalim dan bersifat perkauman tersebut serta memberi layanan yang saksama kepada kaum minoriti di negara itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Lim (dua,kanan) dan Ean Yong Hian (kanan) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang ADUN Balakong Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam di Xiao En Centre, Cheras, semalam.
— Gambar Bernama PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Lim (dua,kanan) dan Ean Yong Hian (kanan) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang ADUN Balakong Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam di Xiao En Centre, Cheras, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia