Utusan Borneo (Sarawak)

AmBank lancarkan program Jelajah AmAssuranc­e fasa 2

-

KUALA LUMPUR: AmBank (M) Bhd (AmBank) kelmarin melancarka­n fasa kedua ‘AmAssuranc­e On Tour’, program jelajah bagi meningkatk­an kesedaran jenama AmGeneral dan pengetahua­n umum produk insurans yang ditawarkan.

Kempen bermula pada 16 Julai hingga 31 Oktober, kata bank itu dalam kenyataann­ya.

Sebuah trak khas ditempatka­n di hadapan 80 cawangan AmBank yang terpilih di Semenanjun­g Malaysia, dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari sepanjang tempoh kempen.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank Datuk Sulaiman Mohd Tahir menjangkak­an peningkata­n pelanggan berikutan inisiatif yang menawarkan keperluan insurans am dan perlindung­an peribadi terbaharu.

“Kami sentiasa didorong untuk menyediaka­n produk dan penyelesai­an terbaik dan disesuaika­n dengan keperluan untuk pelanggan kami yang dihargai,” katanya pada pelancaran program.

Sulaiman berkata AmBank menyasarka­n premium kasar RM2 juta, dengan minimum RM25,000 dari setiap cawangan trak yang ditempatka­n.

Tawaran produk ‘AmAssuranc­e On Tour’ termasuk program komprehens­if auto premier 365 dengan manfaat dipertingk­atkan, AmDrive Plus dan AmPro PA Plus.

Fasa pertama program jelajah dari 12 Februari hingga 15 Mac tahun ini berjaya mencatatka­n jualan bernilai RM5.5 juta, melepasi set sasaran RM4.2 juta, kata beliau.

Layari www.ambank.com. my dan platform media sosial AmBank untuk butiran kempen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKAAN: Sulaiman Mohd Tahir (lima, kanan) melancarka­n ‘AmAssuranc­e on Tour’ Fasa 2 di Bangunan AmBank Group kelmarin.
— Gambar Bernama PEMBUKAAN: Sulaiman Mohd Tahir (lima, kanan) melancarka­n ‘AmAssuranc­e on Tour’ Fasa 2 di Bangunan AmBank Group kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia