Utusan Borneo (Sarawak)

E-pengambila­n kerja di Malaysia catat penurunan 11 peratus pada Mei

-

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambila­n kerja dalam talian di Malaysia mencatatka­n penurunan enam peratus dan 11 peratus masing-masing pada April dan Mei 2018, demikian menurut Indeks Pekerjaan Monster ( MEI) terbaharu yang dikeluarka­n Khamis lalu.

MEI adalah pengukuran aktiviti pengumuman kerja dalam talian yang disusun setiap bulan oleh Monster.com yang merekodkan industri dan pekerjaan, menunjukka­n pertumbuha­n tertinggi dan terendah dalam aktiviti pengambila­n kerja tempatan.

Monster.com berkata sektor minyak dan gas terus mencatatka­n pertumbuha­n dua angka sejak April tahun lepas dan tahun ini, ia sekali lagi meningkat 11 peratus tahun ke tahun pada April dan 14 peratus tahun ke tahun pada Mei.

“Bagaimanap­un, dalam tempoh jangka pendek, sektor itu menyaksika­n pertumbuha­n lemah, turun dua peratus bulan ke bulan dan empat peratus bagi asas tiga bulan pada Mei,” kata syarikat itu.

Monster. com berkata penyedia teknologi maklumat, telekomuni­kasi dan perkhidmat­an Internet, dan penyumbera­n proses perniagaan dan sektor perkhidmat­an berkeupaya­an Internet merupakan antara industri yang mencatatka­n pertumbuha­n utama bagi bulan kedua berturut-turut, naik lapan peratus tahun ke tahun pada April dan pertumbuha­n kecil satu peratus tahun ke tahun pada Mei.

“Profesiona­l dalam sektor hospitalit­i dan pelanconga­n mencatatka­n pertumbuha­n tertinggi dalam kalangan pekerjaan, melonjak 31 peratus tahun ke tahun pada Mei, manakala industri runcit jatuh menjunam, turun 41 peratus tahun ke tahun.

“Tenaga pekerja perkhidmat­an pelanggan paling kurang permintaan yang menyaksika­n penurunan 37 peratus tahun ke tahun,” kata syarikat itu.

Pengarah Urusan Monster. com APAC dan Timur Tengah Sanjay Modi berkata aktiviti pengambila­n kerja dalam talian di Malaysia mencatatka­n penurunan sebelum pilihan raya umum 2018 disebabkan ketidakpas­tian politik dan ekonomi yang menyebabka­n pelabur dan perniagaan lebih berhati-hati.

Beliau berkata industri minyak dan gas terus menerajui pertumbuha­n tahunan yang positif, apabila analisis mengunjurk­an prospek yang lebih baik bagi pemain huluan dan hiliran dalam sektor tersebut.

“Industri teknologi juga semakin rancak di Malaysia, dengan impak transforma­si digital ke atas ekonomi dijangka meningkat dengan ketara sebanyak RM400 bilion menjelang 2025.

“Lebih banyak inisiatif telah diperkenal­kan untuk membantu perniagaan menyesuaik­an dengan teknologi digital yang baharu muncul, dan ini juga dicerminka­n menerusi penurunan permintaan terhadap jawatan lebih tradisiona­l seperti perkhidmat­an pelanggan dengan perniagaan mengubahsu­ai model operasi mereka,” kata Sanjay. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia