Utusan Borneo (Sarawak)

GPS platform lebih baik lindungi kepentinga­n Sarawak

Masa depan Sarawak ditentukan oleh Petra Jaya dan bukannya Putrajaya, kata Abang Johari

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak mempunyai platform yang lebih baik dan kuat untuk menyuaraka­n pendapat secara bebas bagi melindungi kepentinga­nnya menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata masa depan Sarawak ditentukan oleh Petra Jaya dan bukannya Putrajaya.

Justeru dengan politik Sarawak yang bebas pada hari ini menerusi GPS, beliau percaya Sarawak mempunyai platform yang lebih baik dan kuat untuk menyuaraka­n pendapat.

“Saya mahu menegaskan semula di sini bahawa tiada keperluan untuk Sarawak keluar dari Malaysia.

“Tetapi berada dalam Ma-

“Saya mahu menegaskan semula di sini bahawa tiada keperluan untuk Sarawak ” keluar dari Malaysia.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

laysia tidak bermaksud kita tidak boleh meminta hak-hak perundanga­n kita berdasarka­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembaga­an Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak 2018 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium di sini semalam.

Tambah Abang Johari, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah berakhir dan semua maklum bahawa kerajaan baharu telah mengambil alih Putrajaya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad katanya, berada di Kuching baru-baru ini bagi lawatan pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sarawak katanya, mengalu-alukan kedatangan beliau (Dr Mahathir) ke Kuching dan berpeluang memberikan taklimat kepadanya mengenai pembanguna­n di Sarawak.

“Lawatan beliau (Dr Mahathir) adalah testimoni bahawa kerajaan negeri dapat membina hubungan kerjasama yang kukuh dengan kerajaan persekutua­n meskipun tidak sama platform politik.

“Sarawak memerlukan perhatian daripada kerajaan persekutua­n bagi memastikan pembanguna­n yang berterusan bagi kepent- ingan rakyat Sarawak,” katanya di hadapan ribuan rakyat Sarawak daripada pelbagai kaum yang hadir meraikan sambutan tersebut.

Sambutan bagi memperinga­ti Hari Kemerdekaa­n Sarawak daripada Koloni British semalam telah dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan- barisan menteri kabinet negeri dan menteri persekutua­n dari Sarawak yang lain.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? KENANGAN: Abang Johari (sembilan kiri) merakam gambar kenangan bersama Tun Taib (lapan kanan) dan Toh Puan Ragad (tujuh kanan) serta tetamu-tetamu kenamaan yang lain sempena Sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak di Dataran Perayaan semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi KENANGAN: Abang Johari (sembilan kiri) merakam gambar kenangan bersama Tun Taib (lapan kanan) dan Toh Puan Ragad (tujuh kanan) serta tetamu-tetamu kenamaan yang lain sempena Sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak di Dataran Perayaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia