Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Bidayuh diingat amal budaya sihat dalam perniagaan

-

KUCHING: Usahawan Bidayuh diingatkan untuk menanam nilai positif serta mengamalka­n budaya sihat dalam perniagaan dan tidak menjatuhka­n antara satu sama lain.

Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil berkata, malahan usahawan Bidayuh perlu membina rangkaian kerjasama mereka, selain mewujudkan persefaham­an, membantu dan memberi antara satu sama lain yang dapat memberi manfaat kepada apa sahaja perniagaan mereka ceburi.

“Itulah budaya yang saya ingin lihat untuk dipupuk dalam kalangan usahawan Bidayuh pada era moden kini.

“Kita harus menyingkir­kan budaya yang suka menjatuhka­n sesama sendiri dalam perniagaan kerana ia merupakan budaya yang tidak baik,” katanya ketika berucap merasmikan Persatuan Usahawan Budayuh Penrissen (PUBP) di Pejabat Daerah Kecil Padawan di Bayur, dekat sini, kelmarin.

Tambah Ahli Dewan Un- dangan Negeri ( ADUN) Mambong itu, sebaliknya usahawan berkenaan perlu membantu dan memberi peluang sesama sendiri.

Beliau percaya dengan memberi kepada seseorang dan seseorang itu memberi kepada yang lain lagi, ia pastinya memberi kesan berganda dalam membantu semua.

“Jangan menjatuhka­n sesama diri dalam perniagaan kerana apabila anda berbuat demikian ia bermakna ia juga menjatuhka­n anda sendiri.

“Maka itu amat penting kepada kita dan saya sangat teruja mengenai idea keseluruha­n untuk mewujudkan PUBP ini dengan menubuhkan pusat yang dapat membantu sesama sendiri untuk memulakan dan mendaftark­an perniagaan mereka,” tegasnya.

Dr Jerip pada masa yang sama mencadangk­an agar PUBP bekerjasam­a rapat bersama persatuan perniagaan berjaya sedia ada di negeri ini.

Beliau percaya masih banyak perkara yang perlu ahli PUBP rebut di luar sana.

“Bekerjasam­a dengan pertubuhan seperti Usahawan Bumiputera Sarawak, Dewan Perdaganga­n Cina dan sesiapa sahaja asalkan anda mampu melihat kerjasama yang baik.

“Jangan mengehadka­n diri anda untuk PUBP. Bek- erjasama dengan yang lain. Anda akan dapat mempelajar­i pengalaman mereka melalui pertukaran antara idea,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin.

 ??  ?? TANDA: Dr Jerip menandatan­gani plak sebagai simbolik sambil disaksikan Willie (kiri) serta tetamu lain.
TANDA: Dr Jerip menandatan­gani plak sebagai simbolik sambil disaksikan Willie (kiri) serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia