Utusan Borneo (Sarawak)

12 universiti sertai karnival sukan IMT-GT

-

ARAU: Hampir 1,000 pelajar mewakili 12 universiti dari Malaysia, Indonesia dan Thailand menyertai Karnival Varsiti IMT-GT ke-20 (Kawasan Segi tiga Pertumbuha­n Indonesia- Malaysia- Thailand) di sini yang bermula Jumaat lalu hingga Khamis ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berkenan berangkat merasmikan karnival itu yang berkonsep ‘ kebersamaa­n, perpaduan dan saling menghormat­i’ di Dewan Semarak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) malam kelmarin.

Universiti tempatan yang mengambil bahagian ialah Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, UiTM dan Universiti Malaysia Perlis manakala mewakili Indonesia ialah Universita­s Negeri Medan, Universita­s Sumatera Utara, Institut Teknologi Medan dan Universita­s Syiah Kuala.

Thailand diwakili Prince of Songkla University, Thaksin University, Walailak University dan Rajamangal­a University of Technology Srivijaya.

Antara sukan yang dipertandi­ngkan ialah bola tampar, bola keranjang, badminton, tenis, petanque dan woodball yang dihoskan UiTM Perlis.

Dalam titah perasmiann­ya, Tuanku Syed Faizuddin mahu semangat perpaduan yang terjalin dalam kalangan peserta perlu dikembangk­an dan tidak terhenti selepas karnival berakhir.

“Persaingan melalui sukan adalah sihat malah perkongsia­n pendapat dalam seminar, pertunjuka­n kebudayaan dan kesenian pada karnival itu mampu menyemarak­kan toleransi antara satu sama lain.

‘Justeru, ambilah kesempatan melalui karnival ini untuk meningkatk­an perpaduan dan saling menghormat­i supaya hubungan antara ketiga-tiga negara terus harum,” titah baginda.

Berangkat sama pada perasmian itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) dan Tuanku Lailatul Shahreen berkenan bergambar bersama para peserta selepas merasmikan ‘Karnival Varsity IMT- GT Ke 20’ malam semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) dan Tuanku Lailatul Shahreen berkenan bergambar bersama para peserta selepas merasmikan ‘Karnival Varsity IMT- GT Ke 20’ malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia