Utusan Borneo (Sarawak)

Cohen berdepan dengan tindakan setelah dedah cubaan Presiden AS sembunyika­n hubungan sulit

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat ( AS) Donald Trump membidas bekas peguamnya kelmarin dan menuduh Michael Cohen mungkin menyalahi undang- undang apabila secara sulit merakam perbincang­an mereka tentang pembayaran untuk menyembuny­ikan hubungan sulit yang didakwa dijalin Trump dengan seorang model Playboy.

‘Tweet’ awal pagi Trump adalah reaksi langsung pertamanya kepada laporan akhbar New York Times pada Jumaat lepas bahawa Biro Siasatan Persekutua­n ( FBI) telah merampas rakaman itu dalam satu serbuan pada April lalu ke atas pejabat Cohen ketika siasatan sedang dijalankan ke atas kemungkina­n kempen Trump mengadakan pakatan sulit dengan Rusia.

Cohen belum ditangkap mahupun didakwa atas sebarang jenayah, namun kerjasaman­ya dengan kerajaan mungkin amat penting bagi pendakwa raya, senario yang kemungkina­n besar akan berlaku disebabkan oleh perbalahan terbuka dengan Trump.

Walaupun Cohen pernah dipetik sebagai berkata dia sanggup mati demi presiden itu, bidasan Trump dan jawapan tajam peguam Cohen Lanny Davis, mungkin memberi isyarat hubungan mereka sudah terputus.

“Tidak dapat dibayangka­n kerajaan akan memecah masuk ke dalam pejabat seorang peguam (pada awal pagi), hampir tidak pernah kedengaran,” tweet Trump kelmarin.

“Malah lebih tidak dapat dibayangka­n bahawa seorang peguam akan merakam seorang anak guam, sama sekali tidak pernah kedengaran atau mungkin menyalahi undangunda­ng.

“Berita baik ialah presiden kegemaran anda tidak melakukan sebarang kesalahan!”

Bekas model Playboy Karen McDougal mendakwa menjalin hubungan sulit dengan Trump selepas berkenalan pada 2006, sejurus selepas isteri Trump Melania melahirkan anak lelaki mereka Barron.

McDougal pernah memberitah­u CNN bahawa Trump cuba membayarny­a untuk seks.

Akhbar The Wall Street Journal berkata, perbualan yang dirakamkan pada September 2016 antara Trump dan Cohen adalah mengenai membeli hak kepada cerita McDougal, yang dijual McDougal sebulan sebelum itu kepada akhbar The National Enquirer untuk AS$150,000 (RM555,000).

Tabloid itu tidak pernah menerbitka­n cerita itu.

Pengerusi syarikat induknya American Media adalah rakan Trump.

Rudy Giuliani, peguam peribadi Trump kini, mengesahka­n kepada Times bahawa pita Cohen wujud, tetapi berkata ia menunjukka­n presiden itu tidak melakukan sebarang kesalahan kerana tidak tahu terlebih dahulu tentang sebarang pembayaran, malah tiada pembayaran yang telah dibuat.

Namun Davis ‘tweet’ kelmarin bahawa strategi Giuliani dan Trump dalam perkara itu cacat, sama seperti kenyataan Twitter palsu Trump yang dibuat terhadap Cohen.

Laporan itu menimbulka­n persoalan mengenai sebab kenapa kempen Trump menafikan perjanjian di antara McDougal dan American Media ketika ia didedahkan, dan mereka telah meniup spekulasi tentang kerosakan yang mungkin dapat dilakukan Cohen ke atas presiden.

Mengenai dakwaan Trump mengenai rakaman yang menyalahi undang-undang, undang-undang negeri New York membenarka­n rakaman panggilan telefon atau perbualan sendiri selagi satu pihak bersetuju, kata peguam John B. Harris, yang menulis artikel mengenai subjek itu untuk akhbar New York Legal Ethics Reporter.

FBI menyerbu pejabat dan rumah Cohen selepas menerima rujukan daripada peguam khas Robert Mueller, yang sedang menyiasat campur tangan Rusia dalam pilihan raya pada 2016 dan sama ada kempen Trump berpakat dengan Moscow.

Trump berulang kali mengkritik siasatan itu dan membangkit­kannya semula kelmarin.

Siasatan itu seakan- akan berhasrat untuk merosakkan peluang Parti Republikan dalam pilihan raya November, ‘tweet’ Trump, merujuk kepada pemilihan pertengaha­n penggal Kongres.

Jabatan Keadilan berkata, Cohen sudah berbulan-bulan disiasat atas kelakuan jenayah yang umumnya berkisar sekitar urusan perniagaan peribadi.

Pendakwa raya dipercayai berminat dengan pembayaran yang dibuatnya bagi pihak Trump kepada aktres filem lucah Stormy Daniels dan urusan perniagaan lain yang ada kaitan dengan Trump.

Daniels dan McDougal mendakwa mereka menjalin hubungan sulit dengan Trump sekitar waktu yang sama pada 2006. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DILINDUNGI: Josepha diusung memasuki ambulans sebaik tiba di atas kapal Proactiva di Palma de Majorca, kelmarin.
— Gambar AFP DILINDUNGI: Josepha diusung memasuki ambulans sebaik tiba di atas kapal Proactiva di Palma de Majorca, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? SKANDAL PITA: Kombinasi gambar fail menunjukka­n (dari kiri) Cohen, Trump dan McDougal.
— Gambar AFP SKANDAL PITA: Kombinasi gambar fail menunjukka­n (dari kiri) Cohen, Trump dan McDougal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia