Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa mencuri di pasar raya direman dua hari

-

MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki mencuri di sebuah pasar raya di Tudan supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Sarjan Karam Singh Karnal Singh dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Karam memberitah­u, sekitar jam 1.10 petang 21 Julai lalu, seorang pekerja di sebuah pasar raya di Tudan telah membuat laporan polis di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, pengadu, 21, mendakwa sekitar jam 11.40 pagi hari sama, ketika sedang bertugas beliau telah diberitahu seorang rakan sekerja yang ternampak seorang lelaki tidak dikenali memakai selipar yang diambil dari pasar raya terbabit tanpa membuat pembayaran di kaunter bayaran.

Pengadu bersama dua rakan sekerja yang lain terus berusa- ha mengesan lelaki terbabit dan berjaya menahannya di dalam pasar raya terbabit.

Apabila diperiksa, didapati beg sandang lelaki terbabit turut mengandung­i sebungkus kacang dan satu tin minuman yang dicuri dari pasar raya terbabit.

Lelaki terbabit bersama barang yang dicuri dianggarka­n bernilai RM53.09 kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pemohonan lanjutnya Karam memberitah­u, reman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 30 tahun dari Jalan Angsa, Lutong di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes itu.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di pasar raya terbabit, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman dua hari ke atas suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia