Utusan Borneo (Sarawak)

Tukar sistem pendawaian jika sudah terlalu lama

Uggah arah SEB melakukan pemeriksaa­n pada sistem pendawaian di rumah kedai lama di Betong

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengarahka­n Sarawak Energy Berhad (SEB) melakukan pemeriksaa­n pada sistem pendawaian di rumah kedai lama di Betong.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berharap semua penduduk terlibat akan bekerjasam­a dengan SEB sepanjang kerja-kerja pemeriksaa­n diadakan.

“Saya menasihati orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat sis- tem pendawaian. Jika sudah terlalu lama, tolonglah tukar dengan yang baharu.

“Saya telah mengarahka­n SEB memeriksa sistem pendawaian dan berharap penduduk terlibat akan memberi kerjasama,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian selepas melawat empat rumah kedai yang musnah akibat kebakaran pagi semalam.

Bagaimanap­un katanya, beliau tidak bermaksud kebakaran itu disebabkan sistem pendawaian kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Ma- laysia (JBPM) masih menyiasat punca kebakaran.

“Mereka (JBPM) belum membuat sebarang penilaian jumlah kerugian harta benda tetapi kita bernasib baik kerana hartanah dan barangan dijual di situ dilindungi insurans, ini akan meminimumk­an kerugian. Bagaimanap­un insiden ini sudah tentu menyebabka­n mereka yang terjejas trauma.

“Saya tidak mengatakan puncanya adalah kegagalan sistem pendawaian kerana bomba dan SEB masih menyiasat punca kebakaran,” katanya.

Menurut Uggah sistem pendawaian di rumah kedai yang musnah dalam kebakaran itu dilakukan semasa era sebelum Jepun menduduki Sarawak pada 1940-an.

Kejadian kebakaran se- malam adalah yang ketiga berlaku di Betong pada bulan ini.

Kes pertama satu bilik di Hospital Betong sebelum rumah kedai berkenaan terbakar dan rumah kedai yang merupakan kuarters kediaman di Pasar Baharu Betong 10 hari lalu, katanya.

Tambahnya hasil siasatan kedua- dua kes terdahulu masih belum diketahui.

Uggah berkata selain menggantik­an sistem pendawaian yang lama, penduduk juga tidak boleh melakukan pembakaran terbuka atau membuang puntung rokok sesuka hati.

“Sekarang musim kering, oleh itu kita perlu berhati-hati sepanjang masa,” ujarnya.

Saya menasihati orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat sistem pendawaian. Jika sudah terlalu lama, tolonglah tukar dengan yang baharu. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? ANAK MERDEKA: Ibrahim (tengah) ditemani Minos (dua kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama anak merdeka, Zaidi Mat dan Lehot yang lahir pada 22 Julai 1963.
ANAK MERDEKA: Ibrahim (tengah) ditemani Minos (dua kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama anak merdeka, Zaidi Mat dan Lehot yang lahir pada 22 Julai 1963.
 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia