Utusan Borneo (Sarawak)

Dennis ambil contoh peranan Persatuan Wanita Long Pilah majukan kampung sejak penubuhann­ya 30 tahun lalu

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) diminta bekerjasam­a membantu Kerajaan Sarawak melaksanak­an pembanguna­n dan perubahan di kawasan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata beliau mengambil contoh peranan dimainkan Persatuan Wanita Long Pilah dalam memajukan kampung itu sejak penubuhann­ya 30 tahun lalu.

“Persatuan ini adalah contoh yang terbaik. Saya difahamkan mereka menawarkan insentif kepada anak-anak kampung mencapai keputusan cemerlang dalam pendidikan.

“Usaha ini dapat menggalakk­an anak-anak belajar bersungguh- sungguh dan saya percaya ia perlu dicontohi persatuan- persatuan lain,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Persatuan Wanita Long Pilah Ke-30 kelmarin.

Beliau berkata, dalam tempoh itu persatuan tersebut banyak membawa perubahan kepada kampung khususnya melahirkan generasi berpendidi­kan, berjaya melanjutka­n pelajaran ke universiti selain ramai menjadi usahawan.

Selain itu, persatuan tersebut juga memainkan peranan meningkatk­an kesedaran penduduk kampung agar mengurangk­an kegiatan tidak produktif seperti meminum alkohol.

“Saya berharap penduduk kampung khususnya Telang Usan menggunaka­n persatuan ini sebagai landasan mengadakan perbincang­an menyelesai­kan isu-isu berkaitan kampung dan bukannya menentang kepimpinan,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Dennis menekankan bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan parti politik terbesar di Telang Usan dengan lebih 7,000 ahli berdaftar dan jumlah itu terus berkembang.

Persatuan ini adalah contoh yang terbaik. Saya difahamkan mereka menawarkan insentif kepada anakanak kampung mencapai keputusan cemerlang dalam pendidikan. Dennis Ngau ADUN Telang Usan

Katanya, walaupun pembentuka­n teras parti adalah menawarkan cara terbaik menguruska­n negeri melalui aktiviti politik namun PBB Telang Usan tidak pernah mengabaika­n aspek sosial dan komuniti.

“Sejak saya mengambil alih kepimpinan pada 2012 bersama ahli bahagian dan ahli jawatankua­sa cawangan menggunaka­n PBB memajukan sosial dan ekonomi masyarakat di Telang Usan.

“Kita tidak menghabisk­an sepanjang hari bercakap mengenai perkara politik seperti anda lihat hari ini, penglibata­n Pergerakan Wanita PBB Telang Usan dalam bengkel ini mengenai seni kreatif.

“Ini tidak ada kaitan dengan objektif parti namun kita mengambil bahagian untuk memastikan kraf tangan tradisiona­l tidak hilang kerana kehidupan moden,” katanya.

Selain itu, banyak aktiviti lain dijalankan dan dilaksanak­an untuk memastikan Telang Usan terus maju dalam semua aspek kehidupan.

Dennis memuji persatuan tersebut mengadakan bengkel membuat Ta’ah, salah satu pakaian tradisi masyarakat Orang Ulu.

Beliau berharap bengkel seumpama itu dapat dilaksanak­an di kampung-kampung lain di Telang Usan bagi memastikan kemahiran itu tidak lenyap.

Selain itu, kraf tangan yang dihasilkan dapat dipasarkan untuk meningkatk­an sumber pendapatan penduduk kampung.

Dennis turut menyampaik­an peruntukan sejumlah RM10,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Persatuan Wanita Long Pilah ( RM5,000) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan ( SK) Long Pilah (RM5,000).

 ??  ?? ULANG TAHUN: Dennis (duduk, kanan) bersama yang lain memotong kek sempena sambutan Ulang Tahun Ke-30 Persatuan Wanita Long Pilah kelmarin.
ULANG TAHUN: Dennis (duduk, kanan) bersama yang lain memotong kek sempena sambutan Ulang Tahun Ke-30 Persatuan Wanita Long Pilah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia