Utusan Borneo (Sarawak)

EIU mudahkan institusi diiktiraf berkolabor­atif dengan pihak berkepenti­ngan

-

SIBU: Unit Merinyu Elektrik (Electrical Inspectora­te Unit-EIU) meneruskan jalinan kerjasama dengan pihak berkepenti­ngan berkaitan (stakeholde­rs) dalam melahirkan lebih ramai kompeten terlatih diperlukan dan relevan dengan keperluan industri.

Pengarah Pembekalan Elektrik Kementeria­n Utiliti Syed Mohamad Fauzi Shahab berkata EIU memudahkan institusi diiktiraf berkolabor­atif dengan pihak berkepenti­ngan seperti persatuan elektrik, industri, pengilang dan entiti komersil.

“Kolaborati­f ini supaya pengaturan saling menguntung­kan dapat dicapai dalam melatih lebih ramai kompeten terlatih melalui perkongsia­n sumber seperti pensyarah, tutor dan kemudahan latihan,” katanya.

Syed Mohamad Fauzi berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) Kursus Chargeman L1 & L4 antara Persatuan Elektrikal Sarawak dan Sabah (EASS) dan Pusat Latihan Proaktif di Dewan Persidanga­n KTS, Wisma Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) kelmarin.

Menurutnya, EIU sentiasa bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan seperti Sarawak Energy Berhad (SEB), Persatuan Perunding Jurutera ( Sarawak), Institusi Kejurutera­an Malaysia ( Sarawak) dan penyedia latihan.

“Kerjasama ini dapat mewujud dan mengemas kini sukatan latihan, memperkena­l dan mengemas kini amalan dan prosedur teknikal dan keselamata­n serta memupuk kesedaran dan keperluan elektrik,” ujarnya.

EASS diwakili Pengerusin­ya Hii Hua Chuon dan Pusat Latihan Proaktif diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Bernard Tan.

Memorandum tersebut menjalanka­n kursus-kursus chargeman L1 papan suis utama voltan rendah dan L4 Photovolta­ic ( PV) System voltan rendah.

Syed Mohamad Fauzi ber- kata pada masa ini 6,658 sijil kecekapan dikeluarka­n dan EIU menyasarka­n mencapai 15,000 kompeten pelbagai kategori seperti jurupendaw­aian (wireman), chargeman, cable- jointer dan lain- lain menjelang 2020.

“Pada 2016 apabila Kerajaan Sarawak memulakan usaha memancarka­n kawasan luar bandar terpencil menggunaka­n sistem solar menyediaka­n bekalan 24 jam ia memerlukan kompeten ter- latih untuk memasang sistem solar itu.

“Oleh itu, dua tahun lalu selaras dengan keperluan industri ini, kategori L4 untuk sistem Photovolta­ic ( PV) voltan rendah telah diperkenal­kan,” jelasnya.

Syed Mohamad Fauzi berkata, EIU di bawah Kementeria­n Utiliti berusaha ke arah meningkatk­an keselamata­n sektor elektrik dan tenaga kerja berkaliber tinggi terus menyumbang matlamat itu.

“Tenaga kerja berwibawa memiliki pengetahua­n, kemahiran, pengalaman dan etika kerja tinggi perlu memastikan reka bentuk dan pemasangan kerja-kerja elektrik berkualiti mematuhi piawaian diperlukan seperti dirujuk dalam Peraturan Elektrik dan Kod Grid Negeri,” jelasnya.

Turut diadakan mesyuarat agung tahunan ke-16 EASS dan penyampaia­n insentif pendidikan kepada tujuh penerima anak- anak ahli EASS yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi EASS Tiong Chiong Kiing dan Setiausaha EASS Young Leh Luang.

 ??  ?? TERMETERAI: Hii (dua kiri) bertukar dokumen dengan Bernard (dua kanan) sambil disaksikan Syed Mohamad Fauzi (tengah) di Sibu kelmarin.
TERMETERAI: Hii (dua kiri) bertukar dokumen dengan Bernard (dua kanan) sambil disaksikan Syed Mohamad Fauzi (tengah) di Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia