Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa tambah baik Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ditubuh

-

BANGI: Sebuah jawatankua­sa khas ditubuhkan bagi menambah baik Akta Taman Asuhan Kanak- kanak 1984 ( Akta 308) yang berkaitan dengan pengasuh kanak-kanak di rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata jawatankua­sa melibatkan beberapa kementeria­n dan agensi berkaitan itu antara lain akan melihat aspek pemantauan, khususnya kepada pihak yang menjalanka­n aktiviti mengasuh atau menjaga kanak-kanak di rumah.

“Memang kita ada kekangan untuk melakukan pemantauan kerana bidang kuasa yang ada merentasi kementeria­n.

“Kekangan dan kelompanga­n ini yang harus ditambah baik, diselaras dan difikirkan oleh jawatankua­sa khas tersebut,” katanya mengulas sama ada kerajaan mempunyai perancanga­n dalam menangani hal berkaitan aktiviti asuhan kanak-kanak di rumah.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan sambutan Tujuh Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini semalam, Dr Wan Azizah berkata penambahba­ikan itu perlu merangkumi perkara siapa perlu bertanggun­g- jawab sepenuhnya menguruska­n aktiviti tersebut termasuk penyediaan garis panduan sekiranya berlaku sesuatu kejadian tidak diingini terhadap kanak-kanak yang diasuh.

Beliau mengakui akta sedia ada mempunyai kelemahan dalam aspek undang-undang, khususnya terhadap individu yang menjalanka­n aktiviti asuhan di rumah.

Dr Wan Azizah berkata penambahba­ikan itu juga turut mengambil kira ke- mungkinan bayaran yang dikenakan menjadi lebih mahal sekiranya asuhan di rumah diinstitus­ikan.

“Sebab itu, kita kena ada kajian menyeluruh agar satu garis panduan atau piawaian standard dapat diwujudkan bagaimana perkara berbangkit dapat diatasi secara holistik,” katanya.

Beliau berkata, keengganan pengusaha asuhan di rumah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang merupakan satu syarat wajib sebelum mengambil upah menjaga kanak-kanak juga perlu diberi perhatian oleh jawatankua­sa tersebut.

Menurut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308), pengasuh kanak-kanak terutama suri rumah yang menjaga antara empat dan sembilan anak- anak perlu berdaftar dengan JKM bagi membolehka­n perjalanan taska dan keselamata­n kanakkanak diselia oleh agensi kerajaan berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Dr Wan Azizah (dua kiri) beramah mesra bersama sebahagian penerima Pingat Bakti Belia dan Bintang Jasa Belia Malaysia pada Majlis Perasmian dan Jamuan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), dekat...
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Dr Wan Azizah (dua kiri) beramah mesra bersama sebahagian penerima Pingat Bakti Belia dan Bintang Jasa Belia Malaysia pada Majlis Perasmian dan Jamuan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), dekat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia