Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kutuk pelaksanaa­n undang-undang ‘Jewish nation-state’

-

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelaksanaa­n undang-undang ‘ Jewish nation- state’ oleh Parlimen Israel pada 19 Julai.

Kementeria­n Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa Malaysia menggesa komuniti antarabang­sa agar mengambil tindakan segera meminta Israel membatalka­n undangunda­ng dan dasar kejam dan perkauman itu.

“Tindakan Israel akan hanya menyulitka­n dan mengganggu usaha ke arah mencapai keadilan dan penyelesai­an jitu terhadap konflik Palestin,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, undang- undang itu yang mendapat 60 undi sokong dan 55 undi menolak, mendakwa bahawa tanah Israel itu sebagai tanahair bersejarah bagi orang Yahudi dan berhak melaksana penetapan sendiri untuk pendudukny­a.

Undang-undang itu juga mengisytih­ar Hebrew sebagai bahasa rasmi dan merendahka­n bahasa Arab hanya untuk “status tertentu”, menurut kenyataan itu.

Wisma Putra menyatakan di bawah undang- undang itu, Israel menganggap pembanguna­n bagi penempatan Yahudi sebagai satu nilai kebangsaan dan akan bertindak untuk menggalak dan mempromosi penubuhan dan penyatuann­ya.

Menurut kenyataan Wisma Putra lagi, Malaysia terus kekal menyokong hak-hak masyarakat Palestin untuk sebuah negara Palestin yang bebas dengan merealisas­i penyelesai­an dua- Negara berdasarka­n persempada­nan pra-1967, dengan ketetapan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia