Utusan Borneo (Sarawak)

Berhubung penahanan dua rakyat Malaysia disyaki menyeludup dadah

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklumat berhubung penahanan dua wanita Malaysia oleh pihak berkuasa Jepun kerana disyaki menyeludup dadah pada 30 Jun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kedua- dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu dipercayai cuba menyeludup masuk 1.5 kilogram dadah jenis Metamfetam­ina yang dianggar bernilai RM3.3 juta di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

“Tangkapan dilakukan oleh pihak Kastam Jepun… kita sedang berinterak­si dengan pihak polis negara itu untuk mendapatka­n maklumat lengkap mengenai tangkapan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini semalam.

Media tempatan sebelum ini melaporkan dua wanita warga Malaysia ditahan oleh Jabatan Polis Metropolit­an dan Kastam Tokyo kerana disyaki menyeludup dadah yang disorokkan di dalam pakaian dalam.

Laporan itu menyebut pegawai kastam Tokyo yang mendapati suspek dalam keadaan mencurigak­an membuat pemeriksaa­n rapi sebelum menemui dadah berkenaan.

Mereka sebelum itu dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Tangkapan dilakukan oleh pihak Kastam Jepun… kita sedang berinterak­si dengan pihak polis negara itu untuk mendapatka­n maklumat lengkap mengenai tangkapan berkenaan. Datuk Seri Mohmad Salleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Sementara itu, Mohmad berkata bilangan pengunjung pusat hiburan di seluruh negara yang terlibat dengan pengambila­n dadah semakin membimbang­kan, terutamany­a dalam kalangan belia.

“Daripada pemeriksaa­n kita lakukan, 40 hingga 50 peratus pengunjung pusat hiburan positif dadah… trend berkenaan tidak baik dan ia sangat mengejutka­n,” katanya.

Kebanyakan pengunjung pusat hiburan mengambil dadah jenis sintetik iaitu pil erimin 5, syabu dan ekstasi, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia