Utusan Borneo (Sarawak)

Welbeck dilihat berbaloi pada harga 15 juta pound: Parlour

-

LONDON, England: Danny Welbeck dijangka akan menarik minat banyak kelab pada musim panas ini, menurut bekas bintang Arsenal, Ray Parlour, dengan pemain itu dilihat berbaloi pada harga 15 juta pound.

Majalah Goal mendedahka­n minggu lepas di mana pemain antarabang­sa England itu adalah antara pemain yang sedia dilepaskan oleh kelab pada pasaran semasa perpindaha­n pemain.

Welbeck mengharung­i empat tahun penuh kecederaan di Stadium Emirates di mana isu kecergasan menghalang beliau dari menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama setiap minggu.

Beliau bagaimanap­un seorang penyerang yang berbakat dengan 40 penampilan bersama England dan 16 gol antarabang­sa.

Parlour, yang juga bekas pemain tengah England, percaya Welbeck adalah pemain yang akan menjadi buruan. “Orang lupa beliau masih berusia 27 tahun.”

“Beliau masih muda dan ia adalah salah satu kelebihan.”

“Beliau seharusnya di kemuncak permainan sekarang, beliau perlu bermain setiap minggu dan sama ada beliau akan memperoleh­i peluang itu atau tidak, saya tidak fikir beliau akan berada di Arsenal dengan barisan pemain yang sedia ada.

“Tetapi sekali lagi, beliau akan bertemu dengan pengurus dan mungkin mengambil tindakan seperti Jack Wilshere untuk mencari kelab lain.”

“Beliau berdepan dengan ramai pemain bagus di kelab untuk satu tempat dalam kesebelasa­n utama.

“Dengan pemain nilai yuran semakin tinggi ketika ini, di mana jumlah 50 juta pound ke atas adalah harga untuk pemain biasa, maka 15 juta mungkin satu nilai cukup berbaloi untuk pemain seperti beliau.”

Welbeck membuat 290 penampilan bersama Arsenal dan menjaringk­an 63 gol.

Musim 2017/2018 adalah paling produktif untuk beliau apabila bermain 43 perlawanan dalam semua pertanding­an dan menjaringk­an 10 gol.

Beliau bagaimanap­un tidak pernah muncul sebagai penyerang prolifik sejak keluar dari akademi Manchester United dan menandatan­gani kontrak profesiona­l pertama pada 2007. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia